home



Rabu, Februari 23

- perjumpaan bersama yb Mohammad Zahir

IPOH,23 Februari – Satu perjumpaan tertutup telah diadakan bersama beberapa orang anak Perak oleh Y.B Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak. Turut bersama Tuan Haji Abdul Jamil bin Haji Mat Kasa,Pengurus Besar Yayasan Perak.

Di dalam perjumpaan tersebut, pelbagai persoalan telah diajukan oleh mereka yang hadir. Ibu bapa yang turut bersama juga mengambil peluang ini bagi merungkai segala masalah yang dihadapi.

Diantara persoalan yang diajukan adalah mengenai proses penghantaran semula pelajar ke Mesir berikutan keputusandalam mesyuarat Ketua-ketua Menteri dan Menteri Besar yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Kami berharap agar pihak kerajaan negeri sudi menghadiahkan wang ehsan kepada para pelajar bagi meringankan beban perbelanjaan di sana”. Cadangan salah seorang wakil KPIPM di dalam perjumpaan tersebut.

“Kami akan memastikan keadaan di sana selamat sebelum melepaskan para pelajar pulang semula bagi menyambung pengajian di sana”. Ujar Dato’ Mohammad Zahir ketika ditanya mengenai keadaan di sana.

Namun segalanya bergantung kepada keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak yang dijadualkan akan berlangsung pada petang nanti.

Kerajaan negeri Perak juga telah memberikan mandat kepada Yayasan Perak bagi menguruskan urusan penghantaran pelajar semula ke Mesir.

Di dalam perjumpaan ini juga,pihak KPIPM mengambil peluang untuk melahirkan rasa terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Perak yang membantu OPS PIRAMID baru-baru ini dengan penyerahan surat penghargaan ucapan terima kasih kepada Y.B Dato’ Mohammad Zahir oleh Yang Dipertua KPIPM,saudara Khairul Ashraf Mohd Khir.

KPIPM juga melahirkan rasa terima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan menyerahkan surat penghargaan ucapan terima kasih kepada Dr. Syed Omar bin Syed Sharifuddin, Ketua Pegawai Eksekutif. Namun,beliau mempunyai komitmen lain dan surat tersebut diserahkan kepada setiausaha peribadi beliau.

Sebarang maklumat terkini,akan disebarkan melalui blog rasmi KPIPM di kpipm64.blogspot.com dan Yahoo Messengerkpipm64 bagi makluman seluruh ahli KPIPM.

Sebarang masalah boleh terus menghubungi wakil Yayasan Perak di talian :

Pejabat Yayasan Perak : +605-2552929 /+605-2556633

Tuan Haji Jamil : +6012-5241121

YDP KPIPM : +6011-1909393

sumber : blog kpipm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...