Era modenisasi dan globalisasi masakini telah membuktikan kepada sesebuah negara itu tidak dapat menafikan kepentingan gerakan mahasiswa bagi membentuk generasi yang mampu membawa perubahan yang baik kepada lebih baik untuk masa depan ummah yang cemerlang didunia dan akhirat.Seperti yang kita maklumi mahasiswa merupakan golongan pelajar yang berpendidikan diperingkat tinggi di universiti sama ada dalam jurusan BA, Master atau PHD. Apa itu gerakan mahasiswa? Gerakan mahasiswa adalah satu unit sosial yang melibatkan mahasiswa dan berperanan dalam membawa agenda atau revolusi kebangkitan suara mahasiswa bagi membuat sesuatu perubahan kearah yang lebih positif dan realistik.
Oleh itu, mahasiswa kini telah membuktikan kebangkitan suara mereka dalam menegakkan kebenaran berdasarkan ilmu pengetahuan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kesedaran kefahaman Islam dan semangat yang kuat dapat membentuk jatidiri mahasiswa kearah yang lebih efektif dan rasional. Kebangkitan gerakan mahasiswa bukanlah semata -mata di atas desakan ekstrimis tetapi kerana kesedaran dalam membawa kefahaman Islam yang sebenar kepada diri, keluarga, bangsa, masyarakat dan negara.