home



Jumaat, April 16

- kita PMRAM

bismillahirrahmanirrahim...
Kini kami tahu,
hebatnya sejarahmu yang dulu,
kegemilangan usiamu yang lalu,
menjadi sumber inspirasi..


Tanggal 11 April genap usia PMRAM yang ke-80.Suatu usia yang cukup matang.Ibarat sudah menghampiri senja jika dinisbahkan dengan umur manusia.Nama PMRAM telah ditempa dengan begitu gah dan pastinya telah melalui satu era yang cukup menggemilangkan PMRAM itu sendiri.Pelbagai pahit manis dirasai.Jasa mereka yang terdahulu dalam memperjuangkan dasar PMRAM pastinya tidak akan dapat dilupai sampai bila-bila.Namun disana timbul persoalan,adakah perjuangan mereka itu kita teruskan?Bagaimanakah penghayatan kita terhadap pengorbanan mereka yang terdahulu?Samakah semangat kita dengan semangat mereka dalam menuntut hak?dan yang paling penting,mustahikah untuk PMRAM berkubur ditangan kita yang mana kita sendiri meletakkan PMRAM diambang kejatuhan?


PMRAM merupakan suatu nama yang tidak asing lagi di kalangan mahasiswa sama ada yang berada di Malaysia mahupun di negara Timur Tengah.Sana-sini kedapatan nama PMRAM sentiasa meniti dibibir-bibir.Semuanya adalah kerana jasa mereka yang terdahulu dalam memperjuangkan hak mahasiswa yang kini semakin diperkotak-katikkan.Dan sehingga kini,ia terus dipermainkan.Maruah PMRAM kian dienjak-enjak.Ibarat kain buruk.makin dirobek.Menanti koyak dan akhirnya dibuang.Hatta hak mahasiswa dicabul.Kita pula hanya mampu berdiam diri tanpa kata sepatah.Menyimpan benci dalam sanubari.Tanpa tindakan.


PMRAM dikecam dengan pelbagai tohmahan.Diejek dan dihina.Sehingga disuarakan di parlimen suapaya ianya diharamkan.Dituduh mempunyai rangkaian dengan kumpulan pengganas antarabangsa.Dikatakan sebagai sebuah pertubuhan yang kolot.Jauh dari manhaj pentarbiahan yang sebenar.Menghasut ahli bencikan pemerintah.Hak PMRAM dinafikan dalam jiwa anak-anak melayu yang berada di Mesir khususnya.Adakah begitu wahai kalian?Kalian jadi saksi.

Semua itu sudah biasa PMRAM lalui.Ianya tidak lain akan mematangkan PMRAM itu sendiri.PMRAM semakin dikenali.Perjuangan mereka yang terdahulu dijiwai mahasiswa sekarang.Timbul kesedaran uantuk mempertahankan hak mahasiswa naungan PMRAM yang berdaftar secara rasmi di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir.Menafikan PMRAM adalah sebuah pertubuhan berbaur politik.Jauh sekali menghasut ahli untuk bencikan pemerintah.Ahli makin sedar.Tautan ukhwah sesama ahli PMRAM semakin kukuh.

Muktamar PMRAM kali ke-77 baru-baru ini melabuhkan tirai tampuk kepimpinan Ustaz Muiz Mohamad untuk sesi 2009/2010 sekaligus menyaksikan mahasiswa kini kian berani menyuarakan hak.Jika dilihat,sesi ini banyak menyaksikan isu-isu mahasiswa yang pastinya tidak akan dilupai sejarah.Maruah PMRAM cukup tercalar ekoran isu kutub sittah iaitu majlis pembacaaan hadis oleh masyayeikh Al-Azhar.Ianya bertitik tolak isu PMRAM yang disuarakan pengharamannya di parlimen.PMRAM dianaktirikan kedutaan.Terdapat perbezaan hak yang patut diberikan kepada PMRAM dengan pertubuhan lain.Siapakan mereka untuk mempersoalakn kredibiliti mahasiswa yang bernaung di bawah PMRAM?Dimanakah hak mereka untuk menafikan hak PMRAM?Isu ARMA,bagaimanakah kesudahannya?Bukan sengaja menimbulkan api perpecahan bahkan mengenangkan perjuangan mereka yang terdahulu dan ditambah pula kewujudan anasir yang sememangnya ada unutk memecahbelahkan anak-anak Melayu di Mesir ini.Siapa sebenarnya yang menimbulkan perpecahan?Kalian jawab.

Sejauh manapun PMRAM ditohmah,ia akan terus melangkah gagah menongkah arus dalam memperjuangkan hak mahasiswa dan secara tidak langsung menjamin kebajikan ahli terjaga.Diharapkan kepimpinan Ustaz Shahrizan Hazimie untuk sesi mendatang akan lebih bersedia dan berjiwa besar dalam mendepani pelbagai mehnah dan tribulasi yang tidak sedikit mengganggu perjalanan PMRAM saban tahun.Kita selaku ahli seharusnya lebih komited mendokong perjuangan PMRAM.Slogan SATU FIKRAH SATU AMAL akan terus menempatkan PMRAM dihati setiap jiwa anak-anak Melayu dibumi anbiya' ini.

p/s : ada yang memerhati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...