bismillahirrahmanirrahim.
Tajuk yang tidak ada kena mengena.Sekadar timbulkan satu tanda tanya pada diri.Kadang-kadang tanpa kita sedari,apa yang kita lakukan dalam seharian sebenarnya menimbulkan perasaan benci dalam diri orang yang melihat.Mungkin kerana benci disebabkan terasa diri atau benci yang sememangnya benci kepada diri si pelaku.Hati yang busuk akan terus membenci kepada orang yang dibenci sekalipun yang dibenci itu sedikitpun tidak pernah menyakitkan hatinya.Tetapi dek kerana pengaruh nafsu dan hasad dengki, lantas kesalahan orang yang dibencinya terus terpalit sama pada si baik yang tidak pernah menyakitkan hatinya tadi.
Dunia hari ini menyaksikan manusia sekarang khususnya di era 'dunia dihujung jari' kini masing2 sudah berani bersuara memperjuangkan hak.Baik pihak yang mengaku benar mahupun yang salah.Juga tanpa kita sedari terdapat sebilangan pihak yang mahu menegakkan benang yang basah.Ia berkemungkinan berlaku dan sememangnya sudah berlaku kerana tiadanya ilmu dan sifat berlapang dada di dalam diri.Dengan kata mudahnya, mahu mempertahankan ego masing2.Bukan hanya berlaku diperingkat dua orang kanak2 yang bergaduh ,bahkan diperingakt pelajar,mahasiswa,golongan intelek hatta di peringkat pegawai yang menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan bahkan di peringkat global.Semuanya berprinsip hak adalah milik peribadi yang tidak seorang pun boleh pertikai.
Tidak hairan jika berlakunya perpecahan dalam sesebuah keluarga, ataupun dalam sesebuah organisasi mahupun institusi, kerana ia melibatkan gologan atasan dan bawahan.Dlam konteks ini,atas tidak bermakna mulia dan bawah bukan hina.Masing2 punya peranan dan kerja tersendiri.Perjalanan sesebuah organisasi atau keluarga pastinya harmoni jika wujudnya sikap toleransi sesama ahli dan tahu adab serta etika berjemaah atau berpersatuan.
Rahsia kejayaan Mus'ab bin Nusair (jeneral Islam yg tidak pernah kalah)"Sebelum memulakan pertempuran,saya bersunyian dengan Allah. Saya adukan kelemahan saya di hadapan-Nya dan saya yakin Dia akan membantu saya. Inilah keuntungan orang Mukmin,semakin sulit masalah yang dihadapi, semakin tajam (mustajab) pula doanya. Memang dalam perjuangan ada kesulitan tetapi dalam kesulitan itu ada ketenangan. Sebaliknya orang yang tidak berjuang kurang kesulitan tetapi tiada rasa tenang". Bicara tentang ketaatan,semuanya sudah maklum.Sayangnya ramai yang tahu tanpa pemahaman yang jelas.Tanpa pemahamanlah akan membantutkan kita dalam menghadapi sebarang masalah.Lebih2 lagi jika tanpa pengalaman.Bukan mengejar jawatan.Tetapi sememangnya asam garam dalam berorganisasi sangatlah manis.
" Tiada Islam tanpa jemaah
dan tiada jemaah tanpa kepimpinan
dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan."Sekadar ingin mengajak kawan2.kembali kepada pemahaman ISLAM yang syumul.Jangan meletakkan akal kita ditahap yang rendah hingga digelar orang sebagai jumud.ISLAM itu tinggi dan tiada yang tinggi melainkan ISLAM.Andai ada salah silap diperingkat pimpinan,hendaklah kita saling tegur menegur dengan penuh hikmah.Bukannya terus menghukum pimpinan.Banyak orang,membenci pimpinan dan langsung tidak hiraukan terus pada persatuan atau jemaah yang didokong.Juga tidak dinafikan ada yang membenci kepimpinan,dan dalam masa yang sama terus merancang agenda demi agenda untuk menjatuhkan pimpinan.dengan kata lain mereka terus membuat onar untuk menjauhkan ahli2 lain dengan pimpinan.
Ingatlah,kamu dan kami merancang..ALLAH juga merancang..tetapi perancangan ALLAH adalah perancangan terbaik.
Buat sahabat2 seperjuangan,ikhlaskan niat dalam berjuang mempertahankan hak.Moga perancangan kita bertepatan dengan perancangan ALLAH yang terbaik untuk kita.Pelbagai onak dan duri bakal kita tempuhi, namun ada kebaikan yang sedang menanti.
Ya ALLAH, bersihkan hati2 kami dari mempunyai sifat prasangka yang buruk terhadap pimpinan..
dan janganlah jadikan pada hati2 kami ini,perasaan yang tak elok sesama orang beriman..
sesungguhnya ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..
Wallahualam.