home



Selasa, September 28

- ujian tanda kasih sayang..

Kata setengah orang,seronoknya hidup tanpa ada rasa tanggungjawab .Bahkan ada yang berkeinginan hidup sepeti layang-layang. Bagaikan burung-burung yang terbang diudara..bebas..tanpa ada sekatan..juga bebas dari sebarang kongkongan..hidup hanya mengikut rentak angin..Ya,namun angin tak selalunya sepoi-sepoi bahasa..adakalanya kencang.. berkemungkinan rebut..

وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

Kehidupan didunia tidak dapat lari dari tujuan. Penciptaan manusia selaku khalifah itu sendiri pun bukanlah sia-sia. Tidak lain hanya untuk mengabdikan diri kepada sang pencipta dan memakmurkan semesta alam. Sekaligus meletakkan kedudukan manusia itu adalah yang tertinggi di sisi sang pencipta mengikut kadar iman masing-masing..dengan taqwa..

ان أكرمكم عند الله أتقكم

Apa yang membezakan penciptaan manusia dengan makhluk lain? Mengapa hanya manusia yang disuruh untuk beribadat dan memakmurkan alam ini?

Bukanlah mudah untuk mencapai darjat tertinggi disisi sang pencipta. Merebut taqwa merupakan suatu yang menuntut pengorbanan yang tinggi. Bermula dari perjuangan melawan hawa nafsu,meletakkan diri sebagai mata rantai perjuangan utusan rabbul izzati, seterusnya melaksanakan tugas sebagai hamba yang sememangnya harus dilalui tanpa tiada ujian.

Semua manusia adalah sama. Semua orang ada masalah tersendiri. Semua orang kan hadapi ujian yang tersendiri. Apa beza kita?

الدنيا سجن للمؤمن وجنة للكافر

Adakah sama diantara orang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak punya ilmu?Adakah sama diantara orang yang bijak dengan orang yang bodoh?

Taqwa adalah pembeza diantara kita. Ilmu dan Iman perlu seiring dalam menghadapi setiap ujian. Cara bagaimana kita hidup di atas landasan syariat memungkinkan kita mendapat tempat yang tertinggi di sisi sang pencipta.

Hanya yang mendapat hidayah Allah akan merasakan dunia ibarat penjara bagi mereka.

Waalahu a’lam.

Sabtu, September 11

- kullu am wentum bikhoir..

Selamat Hari Raya Aidlfitri..ampun maaf zahir dan batin dipinta kepada yang mengenali diri ini..moga kekuatan ukhwah antara kita makin utuh di hari lebaran..hingga ke hari2 seterusnya..

Selamat bergenbira dan selamat berbahagia..

1Syawal bukanlah hari yang dikhususkan untuk kita bergembira.Bukan juga hari yang dikhususkan untuk kita bersuka ria.Sekadar bergembira kerana telah berjaya melepasi ujian sebulan menahan nafsu.Namun ianya tidak menjanjikan yang kita akan turut terlepas dari ujian di bulan-bulan berikutnya.Bahkan memungkinkan kita untuk menghadapi sejuta ujian yang maha dahsyat tanpa kita sedari.

1Syawal merupakan suatu titik permulaan untuk kita terus memersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan amal.Ramadhan yang lalu adalah sebagai medan khusus untuk kita berlatih menghadapai ujian dan tidak dinafikan ada dikalangan kita yang kecundang dengan ujian tersebut.Tetapi ia tidak membuktikan yang kita akan terus kalah bahkan akan lebih bersemangat untk mendekatkan diri kepada Allah.Ternyata Ramadhan yang lalu terlalu banyak perkara yang menguji keimanan.

Semangat dalam menempuh ujian demi ujian yang lalu tidak sepatutnya terus luntur.Perlu lebih kuat menghadapi cabaran semasa mengikut kondisi masing-masing khususnya mahasiswa dan penuntut ilmu Allah s.w.t.Dunia hari ini semakin sarat dengan perkara kemungkaran dan roh semangat Islam itu sendiri makin pudar di kalangan umat Islam.Tugas untuk kembalikan keizzahan agama Islam terletak di bahu mahasiswa dan penuntut ilmu selaku pendokong agama Allah s.w.t.

Rata-rata dikalangan kita hanya memikirkan soal peribadi tanpa ada rasa sedetik sensitiviti atas apa yang berlaku terhadap agama kita sendiri.Tanpa kita sedari juga agama Islam diperkotak katikkan,dijadikan bahan gurauan bahkan menghina agama Allah s.w.t. Tiada siapa yang perlu kita persalahkan atau menuding jari bahkan diri sendiri yang bertanggungjawab untuk hadapi semua fitnah terhadap agama Islam yang akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak.

Islam tidak menghalang untuk kita bergembira di hari lebaran bahkan ianya dituntut.Namun pernahkah kita terfikir yang musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk hancurkan Islam di saat kita gembira mahupun duka?Ada juga dikalangan saudara seaqidah kita yang tidak dapat menikmati kegembiraan menyambut aidilfitri seperti kita hanya menunggu saat dibom..bahkan ada dikalangan mereka yang saat ini mungkin sedang bertarung dengan nyawa kerana nak mempertahankan agamna Allah..semoga kita semua diberi hidayah..

Bagaimana suasana di tanah air kita saat ini?Dengan segala macam permasalahan yang melanda masyarakat baik dari sudut agama,politik,sosial,ekonomi dan sebagainya. Adakah kita masih mampu bergembira?Tidakkah terdetik di hati untuk memikirkan bagaimana tanah air kita pada 5 tahun akan datang..10 tahun..20 tahun..

Sama-samalah kita fikirkan.Selagi Islam tidak tertegak, selagi syariat tidak didaulatkan, begininya masyarakat kita pada hari ini,begini juga lah masyarakat kita pada hari esok.Nah,tugas siapa untuk menafikan perkara tersebut kalau bukan pemuda hari ini yang bakal memimpin hari esok?

p/s : Al-Quran Didahulukan,Sunnah Diutamakan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...