home



Jumaat, Disember 31

- cerita tahun baru..



Berapa jam sahaja lagi akan menjelang Tahun baru yang mengikut perkiraan masihi. Bagai meraikan perayaan indah yang kita sambut saban tahun. baik yang masih budak mahupun yang telah berumur, perayaan menyambut Tahun Baru tetap dirasakan meriah.

Kerana meriahnya perayaan tersebut, ia perlu disambut secara rasmi di seluruh negara khususnya Malaysia. Bahkan seluruh negara di dunia menyambutnya sebagai suatu perayaan. Seronok tahun berubah. Hari demi hari akan sentiasa berubah. Tak sambut pun, ia akan tetap setia berubah. Bahkan umur kita pun akan turut berubah. Namun perubahan pada diri kita, adakah ada?

Sepertinya kita membuka lembaran hidup yang baru. Mulakan hidup baru dengan azam yang baru dan lupakan perkara yang dulu. Itupun kalau terealisasi sudah azam tahun lalu. Wajarkah sejarah lalu pun turut dilupakan? Tidak. Tamadun kita hari ini terbentuk berdasarkan sejarah yang lalu. Jangan lupa sejarah. Ianya patut sentiasa diingati.

Hari ini, Tahun Baru begitu sinonim dengan gejala sosial yang buruk. Mudah kata,berleluasanya maksiat. Sebut Tahun Baru, pasti ada maksiat. Muda mudi berfoya-foya. Berpesta. Terkadang sampai melepasi batas syara'. Terlalu seronok mengikut adat, sampaikan syariat pun tergadai. Orang kita hari ini makin leka. Makin teruk.

Tak tuding jari pada sesiapa. Semuanya sama. Tugas untuk merubahnya adalah kita. Lebih-lebih lagi yang faham tentang hukum syariat. Kitalah agen perubah masyarakat. Sampai bila nak biarkan masyarakat terus bergelumang dosa? Kapan mati?

Pintu taubat tertutup bila Izrael datang menjemput.

Muhasabahlah diri.

Khamis, Disember 30

- cintakan ilmu

Daripada Saidina Ali Karramullahu wajhah : Cukuplah bukti kemuliaan ilmu itu sehingga orang yang kurang baik ilmunya sanggup mengaku sebagai ilmuwan dan gembira jika dipanggil sebagai ahli ilmu, sebaliknya cukup tercela orang yang berlepas tangan tidak menuntut ilmu sedangkan dia berada dalam medannya.

Kata Imam Abu Muslim al-Khawalani R.A : Perumpamaan ulama' di muka bumi adalah seperti bintang-bintang di langit. Apabila ia muncul, manusia menjadikannya sebagai petunjuk dan apabila tersembunyi, manusia akan kebingungan.

Kata Imam Fudhail bin 'Iyadh R.A : Orang alim yang beramal dengan ilmunya adalah dipanggil sebagai orang besar di dalam kerajaan petala langit.

Kata Imam as-Syafie H.A : Menuntut ilmu adalah lebih utama daripada mengerjakan solat sunat. Orang yang tidak menyintai ilmu, tidak akan ada kebaikan padanya maka ia tidak akan didekati dan didampingi. Katanya lagi : Jika para ulama' yang beramal itu bukan wali-wali Allah, maka tiadalah wali.

Kata Abu Hurairah R.A : Dengan aku mengetahui satu daripada ilmu tentang suruhan dan larangan Allah, adalah lebih aku sukai daripada berperang tujug puluh kali fi sabilillah.

Kata Abu Darda' R.A : Muzakarah ilmu sesaat adalah lebih baik daripada berdiri beribadah di malam hari.

Kata Imam Hassan Al-Basri R.A : Sesungguhnya aku mempelajari satu bab ilmu kemudian aku mengajarkannya kepada seorang muslim, adalah lebih aku sukai berbanding aku memiliki seisi dunia ini dan aku belanjakannya pada jalan Allah.

Daripada Sufyan bin 'Uyainah R.A : Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah dari kalangan hamba-hambaNya ialah para Nabi kemudian para UlamaNya.

Daripada Sahl al-Tustury R.A : Sesiapa yang ingin melihat kepada majlis para Nabi maka lihatlah majlis-majlis para Ulama'. Oleh itu kalian mestilah mengenali hak majlis-majlis mereka.

# Dari kitab Makanatul Ilmi wal Ulama' wa Adab Tolibul ilmi. (Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari)

Rabu, Disember 29

- besarkan jiwamu..

1. Berada dalam saf kepimpinan sesebuah organisasi merupakan suatu anugerah yang tak terhingga nilainya. Merupakan medan tarbiyah sekaligus sebagai madrasah bagi mendidik jiwa menjadi besar. Hanyasanya yang tabah dan sabar mampu bertahan akan liku-liku yang dihadapi.

2. Berkejaran ulang alik dari bandar Tanta ke kota Cairo demi sebuah tugas walaupun hanya urusan persatuan anak negeri, agaklah mencabar. Juga walaupun tidak dengan terpaksa meredah lautan, namun ianya memerlukan pengorbanan jiwa yang besar dek kerana masih ada tugas lain yang dirasakan agak penting.

3. Tengah hari, menziarahi sahabat di hospital yang memakan masa hampir seminggu terlantar di sana. Tidak mampu untuk aku melawatnya setiap hari, namun kugagahi jua kaki ini melangkah ke wad yang seakan-akan rumah usang itu sekurang-kurangnya 3 kali.

4. Petang, buku yang kubaca untuk persediaan menghadapi peperiksaan akan datang telah hilang. Ghaib pada pandangan mata. Malamnya ingin kupulang ke Tanta. Terpaksa redah sana sini mencari buku tersebut.

5. "Ustaz, free tak malam ni? mintak tolong hantarkan kitorang ke Mansoura. Panggilan dari sorang junior yang memahami peraturan keluar malam. Tidak dibenarkan keluar malam tanpa musyrif. Nak balik Tanta ni, nak ke Mansoura pulak. Camne nih?? Hati kecilku berbisik. Ok lah, malam ni kita gerak lepas Maghrib. Kunyatakan persetujuanku.

6. Dari Hayyu Sabiek menuju bandar Ramsis dengan menaiki Tremco. Kemudian naik van ke Mansoura yang memakan masa hampir tiga jam. Aku terpana sendirian. Tak pernah lagi ke Mansoura dari Cairo, kemudian ke Tanta.

7. Hampir jam dua belas malam aku sampai di Tanta.

8. Mudahnya aku membantu orang. Tak penatkah? Andai orang lain, ahh,biarkan mereka! Tapi aku bukan begitu.

9. Terasa jiwaku semakin besar.

Khamis, Disember 23

- Bayar balik..!!!!!!!!!!

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu. Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.

Selasa, Disember 21

- kisah nak poligami..(",)..

Kisah suami memohon untuk beristeri lagi dan isteri membenarkan, siap beri borang keizinan bertandatangan lagi...

Dipetik drp yahoogroup.

"Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.


Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan
2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan
seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak
Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia
tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik
tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya
senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk
Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina
pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama
dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak
Imam
Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air
matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya
layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

********************************************************************

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir
saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih
kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu
cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg
diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar
anak-anak
Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika
Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abg,
pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan
Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

Rabu, Disember 15

- peristiwa di 10 Muharam..

  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

- jangan paksa dia..??

“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.


dijawab oleh pihak MANHAL PMRAM

-adikputeh:

Rentetan fatwa yang pernah dikeluarkan oleh 'ustazah' terkemuka tanah air berkaitan rukhsah dalam Islam. Hukum Allah tertolak bilamana bertembung dengan perkara dharurat? Makan babi, zina, mencuri, minum arak, melacur dan sebagainya menjadi boleh dalam keadaan dharurat? Istilah rukhsah dalam Islam bukan calang-calang perkara yang dikaji para ulama'. Perlunya penelitian dan pengkajian yang mendalam tanpa mengabaikan hukum Allah dan sememangnya segala hukum yang disepakati para ulama' tidak boleh bertentangan dengan hukum syara'.

Tak sudah-sudah mempermainkan hukum. Ringan sangat tuntutan Allah kepada hamba-hambaNya sehingga dianggap terlalu longgar dan masih boleh dipertikai. Tiada langsung rasa berdosa jika tidak mengikut lunas-lunas syara'. Begitu 'koman'(lapuk) hukum Allah sehingga tiada yang berani mempertahankannya jika ada sebahagian manusia yang semakin berani merobek maruah Islam. Mungkin sebab tiada direct bala yang diturunkan Allah jika manusia melakukan dosa berbanding umat terdahulu.

Isu tanah air berkaitan zina yang sememangnya takkan selesai jika hukum Allah masih tidak dijalankan. Hukum Allah yang sudah jelas dalam nak menjaga kebaikan hamba-hambaNya sendiri dan bukan dalam konteks nak menzalimi manusia. Apakah manusia kini khususnya Umat Islam sendiri masih tidak boleh berfikir dengan waras tentang agama yang menjamin kesejahteraan hidupnya dunia akhirat? Susah sangatkah menilai mana yang kaca dan mana permata?

Tak siapa mampu menafikan yang hidayah hanyalah dari Allah. Namun mengapa begitu gelap hati kita untuk terima petunjuk? Dunia kian berpenghujung. Ulama' kian pupus. Ilmu diangkat dengan matinya para ulama'. Nah, dimanakah hukum Allah jika alam ini ditadbir oleh pemerintah yang jahil? Dimana peranan kita sebagai khalifah sesuai dengan tujuan penciptaan manusia itu sendiri?

Allah menyamakan darjat semua manusia dari sudut penciptaan. Semua manuisa adalah sama dan asal kejadian manusia ialah tanah. Namun darjat manusia berubah dan berbeza dari sudut ketaqwaan kita kepada Allah. Kita adalah mulia jika tingginya taqwa kita kepada Allah sehinggakan mampu melebihi iman para Malaikat. Dan kita mungkin lebih hina dari haiwan ternakan jika kita tidak mampu menegakkan hukum Allah kendatipun dalam diri bahkan jika kita sendiri yang menganggap hukum Allah itu sudah tidak sesuai.

Berbalik pada isu asal. Dunia kini makin canggih. Sudah tidak kedapatan manusia mati akibat lapar (khususnya di Malaysia) bahkan mungkin ada yang mati akibat kekenyangan. Susah sangatkah nak mencari sesuap nasi tanpa melacurkan diri sehingga mencampakkan diri ke lembah hina? Apa tidak adakah peranan kerajaan atau pihak berwajib dalam menangani kemiskinan yang melanda rakyat? Sedikit sangatkah khazanah negara sehingga tak mampu nak beri sumbangan barang sedikit kepada golongan yang memerlukan?

Pelbagai alasan sanggup diberikan demi kerana tuntutan hawa nafsu. Alasan yang mungkin munasabah bagi kita tanpa kita sedari yang ianya mengundang dosa. Jangan kerana fahaman politik, sanggup kita gadaikan maruah agama sewndiri. Hukum Allah bukan milik mana-mana politik atau milik individu. Ianya milik Allah yang wajib kita tunaikan selaku hamba dalam kita redha atau tidak.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.


Isnin, Disember 13

- syukran mak abah..

Banyaknya jasa ibu ayah. Tak terhitung banyaknya. Andai diambil pohon2 di hutan untuk dijadikan pena ,dan lautan luas sebagai dakwatnya, pasti tak tertulis jasa ibu ayah. (mode kenangi mak abah).

Susah payah ibu mengandungkan kita sekian bulan. Seterusnya bersabung nyawa untuk melahirkan kita dengan seribu risiko yang pelbagai kemungkinan demi hanya nak memastikan kita terus dapat melihat dunia milik Allah. Derita sembilan bulan kandungan,pasti tidak dapat dirasai melainkan hanya yang bergelar ibu.

Jerih payah ayah yang bekerja keras sepenuh tenaga untuk mencari sesuap nasi. Keringat demi keringat yang memakan masa bukan sekejap ditempuhi dengan penuh gagah untuk memastikan si ibu dan anak-anak sentiasa terpelihara. Juga punya tanggungjawab dan jasa yang pastinya tidak dapat digambarkan si anak.

Teringat di masa kecil, pelbagai kerenah kita terpaksa dihadapai ibu ayah kerana ketidakterdayaan kita membuat sesuatu. Makan minum kita ibu yang yang beri. Buang air kita, mereka dengan tanpa ada rasa geli dan jijik yang membersihkan kita. Segala-galanya, mereka beri tanpa mengharapkan balasan si anak melainkan untuk melihat kita menjadi anak yang berjasa.

Mereka begitu tabah dalam membesarkan kita. Bukan sehari dua, bahkan memakan masa bertahun. Di timangnya si anak bagaikan menatang minyak yang penuh. Diberi kasih sayang yang secukupnya tanpa ragu. Diberikan pendidikan seterusnya menampung perbelanjaan apabila meningkat dewasa. Kita tanpa pernah rasa susah itu, terus meminta dan dan meminta dari mereka. Juga tanpa pernah rasa yang mereka itu sudah banyak bersusah untuk anak-anak.

Sayang mereka pada anak-anak hingga ke hujung nyawa. Selagi hayat dikandung dan selagi tulang empat kerat masih boleh bergerak, mereka akan terus berjasa dan akan terus memberi apa yang dipinta anak-anak. Tanpa mengharapkan balasan.

Itu cerita ibu dan ayah.

Kita???

Sebagai anak, mampukah membalasnya??

Mampukah untuk kita jaga mereka serti mereka sewaktu kita kecil dahulu?? Mngkin boleh dalam sehari dua namun mampukah kita untuk selamanya selagi hayat mereka?? Tak semua mampu.

Tika mereka lapar dan dahaga, mampukah kita untuk memberi mereka makan dan minum seperti kita kecil dahulu?

Bagaimana jika mereka sudah tidak terdaya seperti kita kecil dahulu, lalu mereka memerlukan bantuan kita untuk buang air kecil mahupun besar yang pastinya kita merasa jijik.. mampukahkita untuk nafikan perasaan itu sehinggakan mampukah kita untuk membersihkan mereka?

Itu yang mereka harapkan sekelumit cuma dari kita..mampukah kita membalasnya?? Pasti tidak.

Mereka tidak pernah harapkan balasan pun. Hanya kita yang tak pernah fikirkan hal itu. Hanya sibuk dengan urusan sendiri dalam meneruskan hidup yang dahulunya ibu kita hampir mati demi hidup kita. Bahkan kita tidak pernah kenangi semua itu.

Bagaimana kami nak membalas jasa ayah dan ibu kami..??

Berbaktilah kepada mereka. Sememangnya jasa mereka tidak kan selamanya mampu kita balas. Namun sudah kewajipan kita untuk sentiasa membalasi mereka walaupun tanpa dipinta. Juga menjadi kewajipan kita menjamin kebahagiaan mereka dunia akhirat beserta rahmat Ilahi. Moga ibu dan ayah kita senantiasa dalam ketenangan dengan doa anak-anak mereka.


“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” [Al Israa’:24]

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” [Ibrahim:41]

Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” [Nuh:28]


Apabila matinya anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu
sedeqah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak yang mendoakannya. (HR. Muslim)

Apabila seorang tidak mendoakan bagi kedua orang tuanya,
maka akan terputuslah rezekinya. (HR. Ad-Dailami)

p/s : tahun ni dah banyak permintaanku yang mak abah tunaikan. dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang dirasakanku, dapat jua mak abah penuhi.. hanya ALlah yang mampu membalasi. moga mak abah terus tabah dalam melayani kerenahku..doakan anakmu ini menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah dan sentiasa berbakti pada mak abah.



Sabtu, Disember 11

- Nak tak nak..nak tak nak...

Berikut adalah sedikit ulasan yang dapat dibuat berdasarkan motivasi yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Nashar Bukhari bin Ahmad Aidin Tamim.

1. Buat persediaan awal.
-study awal. Kena abeskan silibus sebelum akhir bulan disember. jangan study last minute.

2. Hadiri kuliah.
-amik berkat dosen(lecturer). kena rajin masuk kuliah walaupun tak paham ape yang doktor cakap. lame-lame pahamlah. yang penting,istiqamah..hmm

3. Pilih waktu yang sesuai utk study.
-seeloknya study lepas subuh(pagi2). so xley tido la lepas subuh. malam kena tido awal baru tak ngantuk pagi esoknye..

4. Khatam banyak kali.
-Jangan rase puas dengan sekali bace. orang yang berjaya,bace buku sekurang2ny 15 kali ulang..bace banyak kali,biar mudah ingat dan tak lupe.

5. Buat nota.
-Buat nota berdasarkan apa yang ada dalam kitab/buku..and isi2 penting yang diberikan doktor/lecturer..so jangan tak masuk kelas lah, nnt tak taw ape2..

6. Manfaatkan detik2 akhir.
-Last minute sok,kne lagi pulunlah..walaupun da bace abes satu kitab,bace je lagi..setiap saat amatlah berharga..mase itu emas...

7. Lengkapkan alat tulis.
-Pastikan pen,pensel,pembaris dll mencukupi..takyah nak pinjam kat orang da nnt.and boleh tolong kawan2 yng dalam kesusahan sok..kot2 ade yang takde pen ke nnt,kite bole tlg org..moga2 Allah permudahkan kita..ameen.

8. jangan lupa doakan kawan.
-dalam berdoa setiap kali lepas solat, jangan lupa doakan kejayaan untuk kawan2...kita doakn kawan. malaikat akn doakan kita..

9. Usaha, doa dan tawakal.
-usaha tanpa doa,sombong...doa tanpa usaha, bohong..sombong tanpa bohong???ade ker..?isy2..

10. Tajdid niat.
Sentiasa perbaharui niat..ingat,kita datang untuk belajar..so,belajarlah...

adikputeh:bergantung pada nak tak nak jer..moga2 kejayaan milik kita..ameen.

Selasa, Disember 7

- Masa untuk berubah..!!

Sepertinya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1432..(sudah masuk hari kedua pun..)Namun bahang 'HIJRAH' masih terasa di sanubari..

Keazaman demi melihat ISLAM terus tertegak di bumi Malaysia seharusnya semakin bertambah dan tidak luntur dek ujian dan mehnah yang sentiasa menghampiri. PengHIJRAHan Rasul dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah sayugianya dijadikan sebagai suatu batu loncatan dan pemangkin untuk kita terus lebih bersemangat meneruskan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah. Tribulasi yang dialami Rasulullah dan para sahabat dalam menegakkan Syiar Allah menjadi bukti bahawa Kemenangan di sisi Allah adalah suatu yang pasti dan ianya menuntut kita melakukan pengorbanan yang bukan sedikit.

Dunia hari ini menyaksikan Umat Islam kini kian parah. Kekuatan Umat Islam yang dahulunya mampu menguasai empayar Parsi dan Rom kini hanya mampu melihat maruah Islam dirobek. Islam yang dahulunya dapat dibanggakan dengan adanya pemuda-pemuda yang berani tampil kehadapan menegakkan kebenaran kini tinggal pemuda-pemuda yang makin merosakkan agama sendiri. Keizzahan Islam hanya tinggal sejarah.

Hendak tuding jari pada siapa keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa di tanah air..??
Keadaan ekonomi yang semakin gawat...??
Kemelut politik yang semakin keliru..??
Sistem perundangan yang ntah apa-apa...??
dan pelbagai aspek lagi...

Usah dikira sentimen kita dengan isu Palestina..usah dikira isu antarabangsa lainnya.. Hanya kita yang masih di takuk yang lama. Payahkah untuk berubah..?? Tidak faham lagikah kita dengan musibah yang telah Allah timpakan ke atas saudara-saudara kita sebelum ini?Banyak sudah peringatan demi peringatan yang Allah berikan untuk kita sedar bahawa Agama yang selayaknya tertegak di muka bumi adalah ISLAM.. Namun masih ada yang berani menafikan perkara tersebut dan ada yang mendakwa bahawa hukum Allah adalah lapuk. Bahkan sehingga ada yang berani mempersendakan hukum Allah.

Nah, di mana kekuatan kita sebenarnya? Adakah kita hanya mampu membisu seribu bahasa dan rasa takut ditekan jika bicara mengenai Islam? Jika begini, adakah kita layak untuk digelar sebagai pengikut Rasulullah? Adakah kita tidak malu untuk mengaku bahawa kitalah golongan pembantu agama Allah? Juga adakah kita tidak malu mendabik dada bahawa kitalah penerus warisan perjuangan Rasulullah?

Bangkitlah wahai pemuda-pemudi...!!
Sedarlah wahai penuntut-penuntut ilmu..!!
Bangunlah wahai Ansorullah..!!

Kita masih belum terlambat! Namun kita sudah tidak punya masa! Rasulullah sudah terlalu jauh meninggalkan kita..Hanya amanah baginda yang sentiasa terpundak di bahu. Kemenangan adalah suatu yang PASTI..! Tetapi jalan untuk menuju kemenangan itu masih terlalu panjang dan memungkinkan kita untuk syahid di jalan juang itu. Itulah matlamat kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...