home



Jumaat, Disember 31

- cerita tahun baru..



Berapa jam sahaja lagi akan menjelang Tahun baru yang mengikut perkiraan masihi. Bagai meraikan perayaan indah yang kita sambut saban tahun. baik yang masih budak mahupun yang telah berumur, perayaan menyambut Tahun Baru tetap dirasakan meriah.

Kerana meriahnya perayaan tersebut, ia perlu disambut secara rasmi di seluruh negara khususnya Malaysia. Bahkan seluruh negara di dunia menyambutnya sebagai suatu perayaan. Seronok tahun berubah. Hari demi hari akan sentiasa berubah. Tak sambut pun, ia akan tetap setia berubah. Bahkan umur kita pun akan turut berubah. Namun perubahan pada diri kita, adakah ada?

Sepertinya kita membuka lembaran hidup yang baru. Mulakan hidup baru dengan azam yang baru dan lupakan perkara yang dulu. Itupun kalau terealisasi sudah azam tahun lalu. Wajarkah sejarah lalu pun turut dilupakan? Tidak. Tamadun kita hari ini terbentuk berdasarkan sejarah yang lalu. Jangan lupa sejarah. Ianya patut sentiasa diingati.

Hari ini, Tahun Baru begitu sinonim dengan gejala sosial yang buruk. Mudah kata,berleluasanya maksiat. Sebut Tahun Baru, pasti ada maksiat. Muda mudi berfoya-foya. Berpesta. Terkadang sampai melepasi batas syara'. Terlalu seronok mengikut adat, sampaikan syariat pun tergadai. Orang kita hari ini makin leka. Makin teruk.

Tak tuding jari pada sesiapa. Semuanya sama. Tugas untuk merubahnya adalah kita. Lebih-lebih lagi yang faham tentang hukum syariat. Kitalah agen perubah masyarakat. Sampai bila nak biarkan masyarakat terus bergelumang dosa? Kapan mati?

Pintu taubat tertutup bila Izrael datang menjemput.

Muhasabahlah diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...