Isnin, Mei 24

- salam imtihan


Jiwa keluh meronta
minta kepastian
menghitung hari
sebelum tiba saat
esok..

kekalutan itu
terus merajai diri
dek kerana dosa
semalam
mutiara ilmu yang dicari
tidak terpahat
di hati
makin dilupai
kesal ligat menyelubungi
diri..

saat itu
makin hampir
dengan kudrat
kukumpul kekuatan
demi sinar
di sebuah kehidupan

aku mohon
wahai tuhan
dikabuli doa
diterima usaha

perkenankanlah..



Ahmad Hassan Zayyat Street
Seven District, Cairo


Sabtu, Mei 22

- hati baik vs hati busuk??

bismillahirrahmanirrahim.

Tajuk yang tidak ada kena mengena.Sekadar timbulkan satu tanda tanya pada diri.Kadang-kadang tanpa kita sedari,apa yang kita lakukan dalam seharian sebenarnya menimbulkan perasaan benci dalam diri orang yang melihat.Mungkin kerana benci disebabkan terasa diri atau benci yang sememangnya benci kepada diri si pelaku.Hati yang busuk akan terus membenci kepada orang yang dibenci sekalipun yang dibenci itu sedikitpun tidak pernah menyakitkan hatinya.Tetapi dek kerana pengaruh nafsu dan hasad dengki, lantas kesalahan orang yang dibencinya terus terpalit sama pada si baik yang tidak pernah menyakitkan hatinya tadi.

Dunia hari ini menyaksikan manusia sekarang khususnya di era 'dunia dihujung jari' kini masing2 sudah berani bersuara memperjuangkan hak.Baik pihak yang mengaku benar mahupun yang salah.Juga tanpa kita sedari terdapat sebilangan pihak yang mahu menegakkan benang yang basah.Ia berkemungkinan berlaku dan sememangnya sudah berlaku kerana tiadanya ilmu dan sifat berlapang dada di dalam diri.Dengan kata mudahnya, mahu mempertahankan ego masing2.Bukan hanya berlaku diperingkat dua orang kanak2 yang bergaduh ,bahkan diperingakt pelajar,mahasiswa,golongan intelek hatta di peringkat pegawai yang menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan bahkan di peringkat global.Semuanya berprinsip hak adalah milik peribadi yang tidak seorang pun boleh pertikai.

Tidak hairan jika berlakunya perpecahan dalam sesebuah keluarga, ataupun dalam sesebuah organisasi mahupun institusi, kerana ia melibatkan gologan atasan dan bawahan.Dlam konteks ini,atas tidak bermakna mulia dan bawah bukan hina.Masing2 punya peranan dan kerja tersendiri.Perjalanan sesebuah organisasi atau keluarga pastinya harmoni jika wujudnya sikap toleransi sesama ahli dan tahu adab serta etika berjemaah atau berpersatuan.


Rahsia kejayaan Mus'ab bin Nusair (jeneral Islam yg tidak pernah kalah)

"Sebelum memulakan pertempuran,saya bersunyian dengan Allah. Saya adukan kelemahan saya di hadapan-Nya dan saya yakin Dia akan membantu saya. Inilah keuntungan orang Mukmin,semakin sulit masalah yang dihadapi, semakin tajam (mustajab) pula doanya. Memang dalam perjuangan ada kesulitan tetapi dalam kesulitan itu ada ketenangan. Sebaliknya orang yang tidak berjuang kurang kesulitan tetapi tiada rasa tenang".

Bicara tentang ketaatan,semuanya sudah maklum.Sayangnya ramai yang tahu tanpa pemahaman yang jelas.Tanpa pemahamanlah akan membantutkan kita dalam menghadapi sebarang masalah.Lebih2 lagi jika tanpa pengalaman.Bukan mengejar jawatan.Tetapi sememangnya asam garam dalam berorganisasi sangatlah manis.


" Tiada Islam tanpa jemaah
dan tiada jemaah tanpa kepimpinan
dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan."


Sekadar ingin mengajak kawan2.kembali kepada pemahaman ISLAM yang syumul.Jangan meletakkan akal kita ditahap yang rendah hingga digelar orang sebagai jumud.ISLAM itu tinggi dan tiada yang tinggi melainkan ISLAM.Andai ada salah silap diperingkat pimpinan,hendaklah kita saling tegur menegur dengan penuh hikmah.Bukannya terus menghukum pimpinan.Banyak orang,membenci pimpinan dan langsung tidak hiraukan terus pada persatuan atau jemaah yang didokong.Juga tidak dinafikan ada yang membenci kepimpinan,dan dalam masa yang sama terus merancang agenda demi agenda untuk menjatuhkan pimpinan.dengan kata lain mereka terus membuat onar untuk menjauhkan ahli2 lain dengan pimpinan.

Ingatlah,kamu dan kami merancang..ALLAH juga merancang..tetapi perancangan ALLAH adalah perancangan terbaik.

Buat sahabat2 seperjuangan,ikhlaskan niat dalam berjuang mempertahankan hak.Moga perancangan kita bertepatan dengan perancangan ALLAH yang terbaik untuk kita.Pelbagai onak dan duri bakal kita tempuhi, namun ada kebaikan yang sedang menanti.

Ya ALLAH, bersihkan hati2 kami dari mempunyai sifat prasangka yang buruk terhadap pimpinan..
dan janganlah jadikan pada hati2 kami ini,perasaan yang tak elok sesama orang beriman..
sesungguhnya ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..

Wallahualam.


Ahad, Mei 16

- Meniti hari

bismillahirrahmanirrahim...

Teringat satu ungkapan "dunia ibarat roda, terkadang kita di bawah, terkadang di atas". Ungkapan lain "dunia hanya pinjaman".

Kenapa "RODA"? dan kenapa "PINJAM"?Suatu kalimat keramat yang jika difikir secara mendalam pastinya menusuk sanubari.

"IMAN umpama roda,terkadang ia turun,terkadang naik."Kita pasti terkontang-kanting meniti usia di dunia andai hidup tanpa IMAN.Semua ini tidak lain adalah UJIAN.

Manusia tidak dapat lari dari ujian.Baik ujian yang kecil mahupun besar.Ujian kecil tidak semestinya akan diberi balasan yang kecil.Begitu juga yang besar.Jika balasan itu namanya dari ALLAH,pastinya ia tidak dapat menandingi segala apa yang di langit dan di bumi.(besar lah tu). Andai sebesar biji sawi kebajikan yang dilakukan,besar mana nikmat ALLAH yang bakal kita terima?(sebesar biji sawi?)

Hari-hari ada ujian. Hingga KIAMAT. Setiap yang meyakini adanya kehidupan selepas mati, wajib hadapi UJIAN dengan penuh berhati-hati walaupun terlalu pahit untuk kita lalui. Biarpun pahit, pastinya REDHA ALLAH menemani hingga ke ALAM KEHIDUPAN itu nanti. Manisnya di HARI KEMUDIAN tak semua akan dapat rasai.

Moga terus thabat dalam meniti ujian.

Ya Rabb.. satukan hati-hati kami dalam memperjuangkan hak kami..
sertailah NUSRAH-MU bersama kami..
turunkanlah TENTERA-MU bagi mambantu kami..
kabulkan segala DOA kami YA RABB..

ameen..

Sabtu, Mei 8

- anak marah ayah...???

Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya,

"Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."


"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini wahai ayahku."

Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya,

"Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."

Saad menjawab,

"Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata,

"Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."

Saad menjawab,

" Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu. "

Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis,

" Wahai Rasulullah, aku ingin sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana didalamnya anakku itu berkata kepadaku,

"Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."


Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.


Khamis, Mei 6

- boleh la at0k..!!!

bismillahirrahmanirrahim...

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. "Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

klik sini

p/s :

Mungkin jugak boleh dipertimbangkan akta kesalahan jalan raya yang membabitkan pesalah bawah umur.Hukuman mandatori dikenakan bagi yang cuba melarikan diri dari polis setelah ditahan.ok jugak tue..!!

Premis yang menjual arak mungkin boleh dikomersilkan berdasarkan permintaan.Jadi bagi peniaga-peniaga di luar sana,anda boleh mengaut keuntungan kerana ia boleh dikaut dengan mudah tidak lama lagi.Bak kata PAK PM, rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.hurmm

Tetapi bagi rakyat yang 'jahil', jangan pulak korang mintak supaya pemakanan yang berasaskan khinzir dihalalkan. Dibimbangani 'at0k' kat atas ni terpertimbangkan plak..

Aaa..kes anwar tue,kite mintak tangguh tahun depan jer laa..mungkin kerajaan boleh pertimbangkan jugak..

NAK PANGKAH 'TIMBANG' JUGAK KE PRU-13 NANTI..??


Selasa, Mei 4

- santapan rohani

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar renungan...

1) Dari bujang >> kahwin No 1 >> no.2 ..
2) Dari pakai beskal >> moto kap >>
kancil >> wira >> Honda >> BM ..
3) Guli >> Badminton >> Golf ..
4) Rumah sewa >> rumah murah >> rumah teres >> bungalow ..
5) Technician >> supervisor >> engineer >> manager ..
6) Tv 14' >> 21" >> 29" >> Home theather ...
7) Sg air kuning >> pangkor >> langkawi >> matruh ...
8)
mancing kat parit /longkang >> sungai >> kolam >>
laut dalam (sewa bot mewah)
9)
Dalam semua keadaan kita mahukan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...


gambar hiasan


TETAPI...
KITA JUGA LUPA...
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN,
SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN

KITA...


DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI ??

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang --- jadikan amalan....
2) banyak maksiat ---- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa
aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur ......
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...
Macam macam lagi yang
kitapun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL..

Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manfaatkan dengan sebaik mungkin..
Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat redha DIA...

infiniti...

Semuga ALLAH terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misk.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."


Sabtu, Mei 1

- semangat 1 mei

bismillahirrahmanirrahim..


gambar hiasan.(sila klik)

Selamat hari pekerja buat yang bergelar pekerja.Juga kepada petugas-petugas dan pendokong-pendokong serta aktivis-aktivis jemaah yang memperjuangkan agama Allah walaupun hakikatnya tiada istilah 'CUTI' dalam hidup kalian.Moga-moga 1 Mei menjadi titik tolak untuk terus bersemangat dalam perjuangan meneruskan warisan Nabi.

Sebagai perangsang dan kata semangat buat diri sendiri juga kepada sahabat-sahabat di luar sana, jadikan 1 Mei sebagai hari untuk kita terus mara dalam setiap langkah kita selaku penuntut ilmu. Tuntulah ilmu sebaiknya dan jadikanlah diri kita sebahagian daripada golongan yang cintakan ilmu dan ulama'.Bukan hari untuk kita bersuka-ria dan dalam masa yang sama mencampakkan diri ke lembah kebinasaan. Lebih malang lagi jika ada yang sudah berani menghina golongan ilmuwan dan ulama'.

العلمأ ورثة الأنبيأ
ulama' adalah pewaris nabi.

sempena 1 mei ni juga, bersamalah kita letakkan diri kita dalam golongan yang takutkan Allah.Lebih-lebih lagi kita selaku golongan penuntut ilmu Allah, yang memahami akan kalam Allah dan Rasul.

انما يخشى الله من عباده العلمأ
hanya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya adalah ulama'

Moga golongan ilmuwan terus cemerlang dan gemilang dalam memartabatkan agama Allah.janji Allah adalah pasti.Kemenangan atau syahid pasti menunggu kita jika ikhlas kerana Allah.

Wallahualam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...