home



Rabu, Julai 28

- semangat yang hilang

Assalamualaikum buat sahabat2..dan salam perjuangan..

Dunia hari ini menyaksikan gelombang kebangkitan mahasiswa makin bergelora.Mahasiswa kini tidak seperti dahulu yang mudah diperkotak katikkan.Tidak hanya di tanah air bahkan di seluruh pelusuk dunia yang menempatkan mahasiswa kita.Kalau dahulunya mahasiswa kita ramai yang tidur.Mungkin tidak ada oarang nak tolong kejut.Ataupun tidur nyenyak dek kekenyangan dengan keselesaan dan nikmat yang dikecapi.Merasa sunguh selesa dengan apa yang ada.Tapi tidak mahasiswa kini.Pemberontak.

Mahasiswa adalah bakal pimpinan di masa hadapan. Punya fikiran yang waras serta berfikiran realistik. Juga punyai semangat dan keazaman yang kental dalam memartabatkan dunia mahasiswa. Tidak mahu di pandang rendah.Bukan dalam erti kata tunjuk ego bahkan nak menunjukkan bahawa mahasiswa bukan seperti lembu yang mudah dicucuk hidung.Di tarik sana sini.Juga bukan seperti lalang yang sentiasa bergerak mengikut rentak angin.Lurus bendul.

Mahasiswa punya kredibiliti. Ada maruah. Juga punya hak yang tidak boleh dinafikan sesiapa. Suara mahasiswa mampu membentuk sesebuah negara.Juga punyai ‘power’ dan kedudukan dalam masyarakat. Golongan awam pun sudah tidak seperti dulu. Masing-masing terkesan dengan dunia intelek yang dipelopori mahasiswa sendiri.Semuanya sudah boleh berfikir secara waras.Mampu menilai mana kaca dan intan.Antara hak dan batil.Yang benar dan salah.

Sana sini kedengaran suara mahasiswa. Media massa turut tidak ketinggalan dalam memaparkan isu yang melibatkan mahasiswa.Banyak siri program yang memerlukan keterlibatan mahasiswa. Mahasiswa diperlukan di setiap bidang. Di setiap kawasan. Disetiap lapisan masyarakat. Hatta kalau boleh biarlah tangan mahasiswa yang menghayunkan bayi di buaian. Sehingga untuk mentalkinkan jenazah pun memerlukan keterlibatan mahasiswa. Dalam erti kata lain,dunia kini memerlukan mahasiswa. Namun apakah peranan kita?

Mahasiswa kini tidak boleh untuk terus berada di takuk yang lama. Perlu bangkit merubah arus dunia sekarang berdasarkan wahyu.Teladan yang terdapat pada batang tubuh idola agung harus diambil. Dunia kini semakin jauh dari landasan syariat kerana menurut arus modenisasi. Mudah terpengaruh dengan budaya buruk yang di bawa penjajah. Apatah lagi untuk mengamalkan syariat yang diturunkan Allah S.W.T.Justeru, mahasiswa adalah agen perubah. Sekaligus wajib memikul tugas dakwah yang terpundak di bahu mahasiswa selaku pewaris Nabi S.A.W.

“ Ulama adalah pewaris Nabi..”

Bangkitlah wahai kalian!! Mayarakat kini memerlukan kita selaku mahasiswa. Kita harus rasa terpanggil untuk menyambung risalah dakwah. Syariat wajib ditegakkan. Maruah Islam perlu dibela. Sekaligus hak2 kita selaku mahasiswa terpelihara.

Bar0kallahu lakum…

Rabu, Julai 21

- bersatu untuk berdosa??

Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (mufti) dan kepimpinan UMNO. Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan melayu ini sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam. Pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini. Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan UMNO!

Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam? Kalau perpaduan bangsa kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara? Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara?

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

Di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat UMNO gagal menjaga bangsa dan agama. Maka janganlah kegagalan ini PAS pula yang dipersalahkan. Lebih 50 tahun UMNO diberi kepercayaan oleh orang Melayu Islam. UMNO membelakangkan soal perpaduan, Kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri menghulur perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri!

Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba, rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju. Rakyat miskin terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti
IPP (Independent Power Producers), syarikat konsesi tol tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa. Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar seperti penyerahan Blok L dan M kepada Brunei, tanah KTM di Singapura, isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala sosial yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar, bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini.

sumber : blog Tuan Ibrahim Tuan Man
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...