home



Khamis, April 29

- fikirkanlah


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai
pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

p/s : sekian lama tidak berpegawai, kini tidak lagi..


Rabu, April 28

- politik sana sini

bismillahirrahmanirrahim..

Aku bukan yang selayaknya untuk bicara politik. Namun kalau bukan aku,siapa lagi..?Semua kita tak dapat lari dari politik. Islam sendiri tak boleh dipisahkan dengan politik. Pon takkan tertegaknya Islam tanpa politik.

Dalam suasana mahasiswa kini, bukan mencari jalan membenarkan mahasiswa atau pelajar berpolitik. Bahkan rela atau tidak mereka terpaksa menceburkan diri dalam bidang politik walaupun tidak secara khusus.

Sebarang urusan berkaitan pihak kedutaan, pon tidak dapat lari dari politik. Hatta urusan dengan pihak universiti pun, ada kaitan dengan pihak kedutaan. Kedutaan Malaysia mana-mana negara berperanan menjaga kebajikan rakyat Malaysia. (kebajikankah???)

Perpindahan pelajar ke kampus induk Kaherah bagi mahasiswa di peringkat cawangan, tidak diketahui dengan jelas dasar itu. Penghantaran pegawai dari Malaysia untuk memantau anak-anak malaysia di setiap negeri, semuanya berlatarbelakangkan politik.( tak kisahlah kalau ahli politik sekali pon, tapi tak perlulah sampai menzahirkan pembawakan dasar politik yang di anuti.)

Tidak masuk akal jika ahli politik sendiri melarang mahasiswa berpolitik. Mungkin dia berhak melarang jika tidak pernah berstatus pelajar.

Di Mesir ada kelab UMNO, adakah kelab PAS perlu diwujudkan?Tak mustahil wujud jika PMRAM kalian yang hapuskan.

Kepada pihak berwajib di Malaysia, jangan salahkan anak-anak Malaysia khususnya mahasiswa Al-Azhar yang kini pandai berpolitik.

Jangan biarkan rakyat Malaysia di Mesir berdemontrasi.Kecoh nanti.

Selasa, April 20

- rahmat tuhan..

bismillahirrahmanirrahim..


sekadar coretan..
kat tempat aku bermukim ni da lama x dikunjungi ujan..
dah lama jugak tak kelik malaysia..
so excited skit bila ujan turun..
kat kmpungku skrg pon tgh musim ujan..
smlm kol abah, abah yg kabo camtu..
hmm..rahmat tuhan tu..
rahmat yang turun mencurah2..
bayangkan kalo duit yg jatuh dari langit..
mesti kita seronok sgt kan..?
aku pon seronok..
tapi seb bek bukan duit..
kalo x, mesti lupa diri..lupa tuhan..
lagi brnasib bek sbb bukan bala yg tuhan turunkan dari langit..
kalo x, suma kena...termasuk org yg berbuat baik..
apatah lagi yg jahat..lagi kena..
nampak sangat yg tuhan masih sygkn kita..

so,bersyukur lah..
rahmat tuhan masih melimpahi..

&

moga terus melimpahi..

allahumma ya rabb...
limpahilah rahmatMU kepada kami...

amin..



- saat makin getir

bismillahirrahmanirrahim..

1. Seronok bicara tentang perjuangan.Sana sini orang ajak berjuang.Ajak melawan musuh-musuh Allah.Kuffar laknatullah.

2. Bicara nasib saudara seummah.Mereka diperangi.Hak mereka dicabuli.Marilah kita sama-sama bantu mereka!!kata mereka yang mengajak.

3. Senang berkata-kata.Manis meluah bicara.Bagai menanam tebu di bibiran.Istilah orang, 'cakap kencang'.Hatta gajah tak berani makan tebu yang ditanam,

4. Tanpa disedari,tanggungjawab sendiri makin dilupai.Nampak semut di seberang lautan tapi tidak gajah yang di depan mata.

5. Kemurkaan Allah bagi yang hanya bercakap tanpa tindakan.

Isnin, April 19

- bodo punya yahudi..

Isnin, 19/04/2010 – Sumber Palestin Khamis lalu melaporkan ketika beberapa gudang untuk kegunaan isirumah dan produk span terbakar, tentera Israel telah menghalang pasukan bomba dan penyelamat Palestin untuk sampai ke daerah itu sehingga menyebabkan kerosakan dan kerugian meningkat.

Gudang-gudang yang dimiliki peniaga Fathi Omar Amour dan Khaled Al-Nabulsy terletak di kampung Barta’a dan dikelilingi oleh Tembok Annex berhampiran bandar Tebing Barat, utara Jenin.


Majdi Qabha, Ketua Persatuan Kampung Barta’a menyatakan penduduk bergegas ke tempat kejadian dan kemudian membantu memadamkan api itu namun pegawai bomba tidak dibenarkankan melalui tempat itu dengan kerugian ditaksirkan sebanyak 1 juta NIS.klik sini


p/s : orang nak tolong orang lain,die nyibuk..bengong betul..huh

Ahad, April 18

- don't give up..!!


Maha Suci Engkau wahai Tuhan yang menjadikan kami selaku hambaMu..tetapkan hati kami untuk terus dijalanMu yang suci ini..




sabarkanlah kami..agar sempurna IMAN kami..biar jerih perih terpaksa kami lalui dalam perjuangan ini, kami tetap akan redha..demi REDHA-MU..





Sabtu, April 17

- kempen jom bantah..

bismillahirrahmanirrahim..

gambar hiasan

1.Jika tidak puas hati,bantah.Itulah fitrah manusia.Memang manusia itu diciptakan untuk berkata 'ya' pada yang benar dan 'tidak' pada yang salah.

2. Pada yang membantah,kalian kan dianggap pengganas.Sengaja menimbulkan kekecohan.Lagi-lagi di jalanraya.Pastinya mengganggu ketenteraman awam.Ini semua didikan pembangkang.Kata mereka yang dibantah.

3. Dari dulu hingga sekarang,manusia khususnya umat Melayu sering berbantah.Jika dikampung,bebudak bergaduh kerana kehebatannya bermain guli dipertikai.Jika di rumah,anak-anak mogok lapar kerana ayah tak beri duit poket lebih.Isteri mencemuh jika si suami balik lewat malam.Semuanya gara-gara penafian hak.

4. ISA dipertikai kerana menahan orang tanpa bicara.Rakyat memali ramai yang dibunuh dan ditahan kerana mempertahankan us Ibrahim.Orang kampung kecoh harga minyak naik tapi pakcik-pakcik hanya boleh berbantah di kedai kopi.Masa berkempen untuk pilihanraya,rakyat ditabur dengan pelbagai janji.Bila kalah,bantah lagi.

5. Rakyat marah kerana Anwar ditahan.Bahasa ibunda menjadi isu kerana nak mengagungkan bahasa penjajah.Rakyat bantah lagi.SPR tak telus,rakyat buat demo.Di jalanan.

6. Hak PMRAM untuk memiliki ARMA dinafikan.Terdapat jurang kasih sayang yang sepatutnya diberi kerajaan terhadap anak-anak Melayu,ahli PMRAM dianaktirikan.Ketetapan etika di setiap persatuan anak negeri,dipertikai ahli.

7. Sana sini orang tidak berpuas hati.Semalam yang terbaru.RM77 juta diberi kepada APCO Worldwide sebagai bayaran khidmat rundingan.

8. Tunggu episod seterusnya untuk kita bantah.

Jumaat, April 16

- kita PMRAM

bismillahirrahmanirrahim...
Kini kami tahu,
hebatnya sejarahmu yang dulu,
kegemilangan usiamu yang lalu,
menjadi sumber inspirasi..


Tanggal 11 April genap usia PMRAM yang ke-80.Suatu usia yang cukup matang.Ibarat sudah menghampiri senja jika dinisbahkan dengan umur manusia.Nama PMRAM telah ditempa dengan begitu gah dan pastinya telah melalui satu era yang cukup menggemilangkan PMRAM itu sendiri.Pelbagai pahit manis dirasai.Jasa mereka yang terdahulu dalam memperjuangkan dasar PMRAM pastinya tidak akan dapat dilupai sampai bila-bila.Namun disana timbul persoalan,adakah perjuangan mereka itu kita teruskan?Bagaimanakah penghayatan kita terhadap pengorbanan mereka yang terdahulu?Samakah semangat kita dengan semangat mereka dalam menuntut hak?dan yang paling penting,mustahikah untuk PMRAM berkubur ditangan kita yang mana kita sendiri meletakkan PMRAM diambang kejatuhan?


PMRAM merupakan suatu nama yang tidak asing lagi di kalangan mahasiswa sama ada yang berada di Malaysia mahupun di negara Timur Tengah.Sana-sini kedapatan nama PMRAM sentiasa meniti dibibir-bibir.Semuanya adalah kerana jasa mereka yang terdahulu dalam memperjuangkan hak mahasiswa yang kini semakin diperkotak-katikkan.Dan sehingga kini,ia terus dipermainkan.Maruah PMRAM kian dienjak-enjak.Ibarat kain buruk.makin dirobek.Menanti koyak dan akhirnya dibuang.Hatta hak mahasiswa dicabul.Kita pula hanya mampu berdiam diri tanpa kata sepatah.Menyimpan benci dalam sanubari.Tanpa tindakan.


PMRAM dikecam dengan pelbagai tohmahan.Diejek dan dihina.Sehingga disuarakan di parlimen suapaya ianya diharamkan.Dituduh mempunyai rangkaian dengan kumpulan pengganas antarabangsa.Dikatakan sebagai sebuah pertubuhan yang kolot.Jauh dari manhaj pentarbiahan yang sebenar.Menghasut ahli bencikan pemerintah.Hak PMRAM dinafikan dalam jiwa anak-anak melayu yang berada di Mesir khususnya.Adakah begitu wahai kalian?Kalian jadi saksi.

Semua itu sudah biasa PMRAM lalui.Ianya tidak lain akan mematangkan PMRAM itu sendiri.PMRAM semakin dikenali.Perjuangan mereka yang terdahulu dijiwai mahasiswa sekarang.Timbul kesedaran uantuk mempertahankan hak mahasiswa naungan PMRAM yang berdaftar secara rasmi di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir.Menafikan PMRAM adalah sebuah pertubuhan berbaur politik.Jauh sekali menghasut ahli untuk bencikan pemerintah.Ahli makin sedar.Tautan ukhwah sesama ahli PMRAM semakin kukuh.

Muktamar PMRAM kali ke-77 baru-baru ini melabuhkan tirai tampuk kepimpinan Ustaz Muiz Mohamad untuk sesi 2009/2010 sekaligus menyaksikan mahasiswa kini kian berani menyuarakan hak.Jika dilihat,sesi ini banyak menyaksikan isu-isu mahasiswa yang pastinya tidak akan dilupai sejarah.Maruah PMRAM cukup tercalar ekoran isu kutub sittah iaitu majlis pembacaaan hadis oleh masyayeikh Al-Azhar.Ianya bertitik tolak isu PMRAM yang disuarakan pengharamannya di parlimen.PMRAM dianaktirikan kedutaan.Terdapat perbezaan hak yang patut diberikan kepada PMRAM dengan pertubuhan lain.Siapakan mereka untuk mempersoalakn kredibiliti mahasiswa yang bernaung di bawah PMRAM?Dimanakah hak mereka untuk menafikan hak PMRAM?Isu ARMA,bagaimanakah kesudahannya?Bukan sengaja menimbulkan api perpecahan bahkan mengenangkan perjuangan mereka yang terdahulu dan ditambah pula kewujudan anasir yang sememangnya ada unutk memecahbelahkan anak-anak Melayu di Mesir ini.Siapa sebenarnya yang menimbulkan perpecahan?Kalian jawab.

Sejauh manapun PMRAM ditohmah,ia akan terus melangkah gagah menongkah arus dalam memperjuangkan hak mahasiswa dan secara tidak langsung menjamin kebajikan ahli terjaga.Diharapkan kepimpinan Ustaz Shahrizan Hazimie untuk sesi mendatang akan lebih bersedia dan berjiwa besar dalam mendepani pelbagai mehnah dan tribulasi yang tidak sedikit mengganggu perjalanan PMRAM saban tahun.Kita selaku ahli seharusnya lebih komited mendokong perjuangan PMRAM.Slogan SATU FIKRAH SATU AMAL akan terus menempatkan PMRAM dihati setiap jiwa anak-anak Melayu dibumi anbiya' ini.

p/s : ada yang memerhati.

Jumaat, April 9

-jumaat yg indah

bismillahirrahmanirrahim..

Bertuah siapa yang dilahirkan pada hari Jumaat.Hari lain bukan tidak bertuah tetapi pada hari Jumaat itu sendiri terdapat pelbagai kelebihan.Dalam kampung ade penghulu,dalam seminggu pun ada penghulu bagi hari.Itulah hari JUMAAT.

Sabda Rasulullah SAW,


“Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu ia dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itulah juga ia dikeluarkan darinya”. Hari Jumaat juga di gelar YAUMUL MAZID iaitu hari pemberian tambahan kerana di hari berkenaan Allah mengurniakan limpahan rahmatnya yang begitu banyak untuk direbut oleh Manusia yang mengaku beriman kepadaNya..


Sedikit teruja pada hari Jumaat ni.Mungkin ada pengajaran yang bakal kudapati sebelum mataku terlelap bagi menanti hari esok.Moga terus dipanjangkan umur dalam keberkatan.Dan moga hari ini menjadi hari yang terbaik pernah aku lalui dalam hidupku.

p/s : jom perbanyakkan zikir..


Rabu, April 7

-susahnya kesenangan

bismillahirrahmanirrahim.

Terbaca sebuah kisah, seorang raja yang bernama Ibrahim bin Adham yang sedang bergembira diatas tilam empuk didalam istana.Sedang ketika,terdengar bunyi sesuatu diatas siling istananya seraya bertanya akan gerangan yang diatas siling istananya.Lalu diakui bahawa ia adalah seorang pengembala kambing yang sedang mencari kambingnya yang hilang.

Baginda berasa pelik kerana mana mungkin kambing lelaki terebut boleh sampai ke atas siling istana.lantas lelaki itu menyatakan pula tentang kepelikan situasi Ibrahim bin Adham."Mana mungkin kau boleh mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t sedangkan kamu hanya enak berseronok!"kamu leka dalam keseronokan sehingga tidak mempedulikan hak rakyat jelata,"kata lelaki tersebut lagi.

Akhirnya Ibrahim bin Adham tersedar dari kelalaiannya.Lelaki itu beraya mengetuk pintu hatinya untuk segera menginsafi atas apa yang telah dilakukan.Lalu baginda pun menyerahkan takhta kerajan kepada orang kepercayaannya.

Bermusafirlah Ibrahim bin adham untuk menuntut ilmu dalam mencari redha Allah dijalan sufi.Sekian lama berjuang mendidik diri dan meningkatkan taqwa,muncullah baginda sebagai seorang wali Allah yang tersohor.

sekian.

p/s : adakah kita sudah tersedar dari lamunan?sampai sini saja kita terleka.Ayuh bangunkan kembali semangat juangmu..!!payahnya untuk kecapi kesenangan hakiki.biar susah dahulu,moga jadi mukmin beruntung.

-rehat untuk bekerja

bismilahirrahmanirrahim

"kenapa dah lama tidak update blog?kan aku sudah beritahu,kamu hanya hangat-hangat tahi ayam.Hanya bersemangat di peringkat awal.Kemudian langsung tidak bernyawa."kata sahabatku.Kusangkakan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari,alang-alang menyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan.Aku bermonolog sendirian.

Tersentak aku dari lamunan.Sekian lama tidak menulis.Ya,aku akan terus menulis.Kembali bersemangat.Semua ini gara-gara semangat yang ditunjukkan kawan-kawan.Masakan kawan-kawanku yang jauh lebih sibuk pun masih sempat bersengkang mata mengadap monitor,kenapa tidak aku?Aku yang sepatutnya mendahului mereka.Bukan sengaja nak bersaing atas kehebatan,bahkan nikmat kemudahan itu patut kita manfaatkn sebaiknya.Kata orang,dunia dihujung jari anda.Sekali klik,sudah mampu menguasai dunia.

Hingga saat ini masih terasa beban yang terpikul.Bersama dalam barisan kepimpinan walaupun hanya diperingkat persatuan pelajar,cukup untuk aku rasa beratnya tanggungjawab.Tapi aku gembira.Ilmu berorganisasi sangat aku hargai.Mengajar aku erti kesabaran dan kecekalan seorang pejuang.Mengorbankan kesenangan diri demi ketuhan sebuah kesatuan.

Cukup aku berehat.Akan bekerja seperti biasa.Moga bersih hatiku untuk terus menukil kalam Nabi.Itu yang hanya mampu aku buat.Bersenjatakan pena dalam berdakwah.Biar aku redah segala benteng yang cuba menghalang kemenangan agamaku.Aku ingin syahid dijalanNya.

Isnin, April 5

-royalti vs wang ehsan..

KUALA TERENGGANU, 6 April: Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu yang dirasmikan sidangnya semalam dijangka bergema dengan isu royalti apabila Adun PAS mengemukakan usul itu dalam sidang kali ini.

Usul itu akan menguji sejauh mana sikap kerajaan negeri dan para penyokong BN sendiri kerana mereka juga yang akan mendapat manfaat sepenuhnya jika usul itu diterima dan disokong oleh mereka.

Sehingga kini, kerajaan negeri BN pimpinan Datuk Ahmad Said tidak menarik balik saman kerajaan di zaman PAS dahulu ke atas Petronas dan kerajaan Pusat.

Ini kerana, walaupun dinyatakan oleh Datuk Seri Najib sendiri menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu royalti akan diberikan balik kepada kerajaan negeri Terengganu, sampai kini ia belum diberikan.

Yang diberikan pula adalah dalam bentuk wang ehsan dan jumlahnya bukannya 5 peratus sebagaimana yang dinikmati kerajaan negeri sebelum ini.

Isu royalti kembali panas apabila Kelantan membuat kempen secara besar-besaran untuk mendapatkan royalti petroleum untuk negeri itu yang diketuai Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.klik sini

p/s : sampai bila kan begini??kembalikan hak rakyat..!!

Khamis, April 1

-terbalik tapi buruk..??

1. Malaysia memang mempunyai penduduk 26 juta tetapi separuh daripadanya adalah Muslim. Maknanya lebih kurang 13 juta rakyat Malaysia adalah Muslim. Pelik juga bila rakyat yang bukan Islamnya hanya sekitar 13 juta orang tapi Malaysia pula menjadi antara 10 negara yang tertinggi mengambil arak. Sedangkan banyak lagi negara lain yang terdiri dari orang bukan Islam dengan jumlahnya yang ramai. Kalau semua rakyat Malaysia yang seramai 26 juta orang itu terdiri dari orang bukan Islam dan Malaysia pula berada antara 10 negara yang tertinggi ambil arak maka itu bukanlah suatu berita yang terbalik. Baca di sini.

2. Bangunan yang baru dibina dah runtuh. Universiti pulak tu... Di Terengganu lagi...!!! Ini satu berita terbalik. Sepatutnya kalau nak runtuh pun, tunggulah siap dibina dulu dan digunakan bertahun-tahun. Tapi Kerajaan UMNO berjaya mencipta banyak berita terbalik tapi semuanya buruk belaka. Baca di sini.

Banyak lagi berita terbalik tapi terburuk yang berlaku di Malaysia seperti stadium runtuh sedangkan baru digunakan, injin kapalterbang tiada, kapal selam tak boleh menyelam, orang yang buat lapuran polis mengenai salah laku dan penyelewengan pemimpin UMNO akan disiasat dan ditangkap sedangkan orang sepatutnya disiasat dibiarkan.

Hanya satu cara untuk menamatkan berita terbalik tetapi terburuk ini iaitulah kita semua mesti bertekad menumpaskan Kerajaan BN. Untuk menumpaskannya kita mesti bersatu atas nama Pakatan Rakyat dengan mengenepikan dulu perbezaan pendapat dan mengutamakan persamaan kehendak ialah UMNO/BN mesti ditewaskan dalam PRU 13 nanti.

Jangan ada yang merasa kasih atau was-was dengan hasrat yang mulia ini. Sekiranya UMNO dapat ditumpaskan, Insya Allah kita akan dapat mencipta banyak berita terbalik tapi terbaik. Contohnya bekas MB Perak DS Nizar beri lot tanah kepada orang Cina. Kenapa? Sebabnya Islam suruh beri atas nama manusia dan mereka berhak untuk mendapatkannya. TGHH semasa menjadi MB Terengganu telah beri geran tanah kepada orang yang telah menduduki tanah tersebut sejak lebih 40 tahun. Betapa terbaliknya berita itu sehingga penerima geran tak percaya dan ada yang menangis gembira kerana sejak sekian lama mereka mengharapkan Kejaan UMNO/BN bagi geran tiba-tiba MB Kerajaan PAS yang beri. Mana tau Kerajaan Negeri Pimpinan DAP akan lebih mesra Melayu dan Islam lebih dari UMNO!!??. Dan banyak lagi ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...