Jumaat, Mac 26

-kenangan berukhwah

bismillahirrahmanirrahim...

Sedikit kenangan bersama sahabat handai.Tak banyak gambar kenangan yang dimiliki.Kesesalan menyelubungi.Silap aku jugak kerana tak ambil gambar semasa berukhwah bersama mereka.Aku kembali rindu saat itu.



program di mukhayyam daim hayyu sadis.
berdiri :najib,qutaibah,mat thai,tajul,faiz,lokman & azrul.
duduk:wan,zulazri,azrul,cikgu & amin.


Geng MADIWA di Mansurah.kitorang pergi walimah Us Syidi (Rasyidi).



Sewaktu jaulah ke Matruh.Tak ingat da ni dimana.


Jaulah ke Alex.
Dari kiri:wan,afif,iman,zaini & uzairy(uz).

Bulan lepas telah dianjurkan program jaulah ke Sinai yang dikelolai sendiri oleh Ketua Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah KPIPM bagi sesi ini.Banyak kenangan pahit manis dapat dirasai.Moga ukhwah tertaut.


dari kiri:wan kidal,amin,us hasni,wan & mujahidin.


Menaiki bot menuju ke kubu salahuddin al-ayubi yang banyak menyimpan sejarah.



Sewaktu perjalanan pulang menuju ke pekan Nakhil.Betapa kesabaran peserta diuji.Solat ditengah padang pasir dengan ditemani ribut.

Begitu banyak kenangan yang dapat diperoleh disepanjang jaulah ke Sinai.Namun yang penting, pengajarn dan iktibar yang perlu kita ambil buat mengharap hidayah dari DIA.Kisah Nabi Musa wajar kita hayati.

p/s: laporan lengkap mengenai jaulah ke Sinai boleh dilayari di blog KPIPM.klik sini.

-penyeri sepi

Sedikit gambar anak-anak buahku.Along,angah dan alang.Cukup sinonim dengan 3a.Moga dewasa kalian bertarbiah.Menjadi permata ayah ibu buat bekalan mereka menuju syurga.Doaku juga moga kalian jadi anak-anak yang solehah.



knape alang neh??baru lepas nangis ler?tak malu betul.da besar pn nak nangis..",)comot...



cantiknye angah..!!tapi macam nak nyanyi nasyid jer..kecik2 dulu angah ngan along suke nyanyi lagu alif ba ta...ingat tak??




lohh..kesiannya alang..!



ni ape makan sampai bersepah..nak kene nih..!!



3a yang ude rindui.ingat ude tak?nanti ude balik,jemput ude kat airport yer!!

p/s: rindu gak kat deme nih...


-rindu mereka

bismillahirrahmanirrahim...

Tiba-tiba terdetik hati mengenangkan mereka yang tersayang.Sekian lama tidak bersua muka sejak pulang dari bercuti dua tahun sudah.Teringat suasana indah desaku di tanah air.Jauhnya aku di perantauan.Keberangkatanku ke bumi anbiya' demi merealisasikan impian ibubapaku.Moga aku terus istiqamah dalam menuntut ilmu.Takkanku hampakan harapan mereka."Wan,belajarlah bersungguh-sungguh.Abah akan usaha cukupkan perbelanjaan wan selagi terdaya tulang empat kerat ni bekerja.Abah hanya harapkan kejayaan Wan,"nasihat abah padaku.


wajah ketenangan sumber
inspirasiku.ketabahan abah yang banyak mendewasakan aku.



Dua hari lepas aku telefon bertanyakan khabar.Alhamdulillah kesihatan mak abah baikMoga Allah terus pelihara mak abah.Tapi sedikit berita mengejutkanku.Mak disahkan mengalami masalah jantung dan masih diperingkat awal.Namun itu cukup menyesakkan nafasku."Ya rabb,Engkau Tuhan yang memiliki segala kekuatan.Tabahkan hati ibubapaku dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku sejak kecil."Moga makbul doaku.



sifat keibuanmu mengajar aku erti redha Allah.Sesuai dengan namaku.Moga Allah sentiasa meredhai kehidupan mak dan abah.

p/s : mak abah..doakn kejayaan wan dunia akhirat.


-semangat yang hilang

bismillahirrahmanirrahim...

Cepat masa berlalu.Hampir seminggu jariku berehat meniti butir huruf pada keyboard.Blog yang sebelumnya mengalami masalah lantaran lama tidak dikemaskini."Tulislah Wan!copy paste pun tidak mengapa.Susah nanti kalau sawang dah banyak.Sampaikanlah ilmu yang ada! kata sahabatku Faizal.Aku termangu sendirian.

Sememangnya kesibukan aku membatasi masa lapangku.Pengerahan idea memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga.Serabut yang melanda jiwa pasti mengecamukkan fikiran.Ya,aku sibuk dengan tugasan.Namun tidak seharusnya ia dijadikan alasan untuk tidak menulis.Pendek kata,kerja jadi mudah jika pandai bahagi masa.

Esok aku perlu ke Kaherah untuk menjalani latihan kepimpinan.Kemantapan jiwa seorang da'ie sememangnya perlu diasah dari masa kesemasa.Semuanya ini tidak lain merupakan sebagai bekalan buat pulang ke Malaysia kelak.Ciri-ciri seorang da'ie perlu dilengkapi pada diri sebelum turun bersama masyarakat.Mereka yang dahagakan nikmat Islam perlu kita sebagai da'ie dekati.Jadi,rugilah mereka yang tidak berpeluang menuntut ilmu berorganisasi khususnya.Aku beruntung.

Semangat aku untuk menulis kembali hadir.Nyata aku bersemangat memerah akal."Ah,hanya hangat-hangat tahi ayam!"benakku sendirian.Aku akan terus mencuba.Doakan daku.

Jom menulis.

Jumaat, Mac 19

-istiqamah perjuangan

bismillahirrahmanirrahim...

* Hidup ibarat roda.Terkadang diatas, terkadang dibawah. Perlu diteruskan demi menyampai risalah dakwah mengikut rencana tuhan.

* Dunia merupakan medan perjuangan untuk merebut kemenangan hakiki. Rebah bangun meniti ujian adalah lumrah. Semangat perlu tekad hampiri kejayaan.

* Kalah menang didunia bukan ukuran. Andai berjuang kerana Allah, sudah termaktub kemenangan sebenar seperti yang dijanjikan.

* Liku perjuangan sangat panjang.Rancang strategi, nilai iman dalam diri. Kita ada kerja yang lebih banyak berbanding masa. Kejayaan masih sempat ditempa.

* Sesekali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang kearah cita-cita. Jangan sesekali mengaku kalah dengannya.

Bermohonlah, moga Dia kabulkan..

-tinta semangat

bismillahirrahmanirrahim...

Ini post kedua.Teruja nak menulis.Kata orang,kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.Semangat nak berdakwah dalam medan penulisan sebegini semakin bercambah.Harap istiqamah.


Berkarya?Minat juga.Tidak cenderung tapi boleh dipupuk cintanya.

Amar ma'ruf nahi munkar.Tidak mampu berjuang dengan pedang,hanya pena.Doakan moga sentiasa diberi kekuatan.


Tak pandai menulis seperti A.Samad Said.
Tak pandai berpidato sepeti Anwar.
Tak pandai bermadah seperti Ramli Sarip.

tapi..
ada semangat nak menyampaikan ajaran NABI..

"sampaikan dariku walaupon sepotong ayat.."(mafhum hadis)


Khamis, Mac 18

-assalamualaikum...

bismillahirrahmanirrahim...

salam perjuangan tanpa nokhtah buat kalian..
terasa diri dipanggil menongkah alam penulisan dalam melebarkan risalah junjungan kita..
sebagai medan mencari keredhaan DIA..
moga hati kita sentiasa ikhlas di jalan PERJUANGAN ini..
alangkah rugi mereka yang lalai..
alangkah malang mereka yang alpa..
alangkah hina mereka yang buta hati..
baginda telah menyuruh dilapangan yang terang..
baginda telah memimpin di jalan yang gelap..
sayangnya..mereka tetap BUTA..
~ ma'azallah ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...