home



Sabtu, November 12

- hidup berjuang, mati terbilang..

KEMATIAN Osama Bin Laden mengejutkan dunia.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa Osama Bin Laden tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.


Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘Husnul Khatimah’ ataupun ‘su’ul khatimah.’

Katanya, kematian Osama bin Laden masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika meninggal dunia Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika meninggal dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Meninggal dunia pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

ameen ya rabb.

web:panduanislam.com

Jumaat, Oktober 14

- langit dan bumi..

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.

bagi yang bujang, boleh mengambil I'tibar..
bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar..
bagi yang berkeluarga, perlu mengajar..

Untuk suami.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah..

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama..

Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya..
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya..
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya..

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya..
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya..

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana..
Justeru kamu akan tersentak dari alpa..

Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...
amin..


Untuk isteri.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia.
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W..
Tidaklah setaqwa Ibrahim Alaihissalam..
Pun tidak setabah Ayyub..
atau pun Segagah Musa..
apalagi setampan Yusuf..

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun
keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya..
Suami adalah nahkoda kapal, kamu pengemudinya..
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya..

Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya..
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya..

Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa..
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt..
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana..

Justeru kamu akan tersentak dari alpa..

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga..
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ..

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...
amin...

Justeru itu wahai para suami dan isteri..
jangan menuntut terlalu tinggi..
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah..?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha..?

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman..
dan tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..

renung-renungkan dan selamat beramal..",)

Selasa, Oktober 4

- tanah ini tanah kita, memang benar dik oii..

"Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum Hudud."
- (Dr Mahathir Mohamad, temubual dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994)

"KITA (Kerajaan Pusat) akan mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."
- (Dr Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid."
- (Syed Hamid Albar)

"APA erti negara Islam jika mundur??"
- (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi : 13 November 1999)

"KERAJAAN Kelantan harus bertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."
- (Dato' Seri najib Tun Razak, 20 April 1992)

"Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli PAS yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz yang akan melakukannya. Jika benar, kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti."
- (Ucapan Dr Mahathir Mohamad pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua Umno bahagian Johor).

"Sukar dilaksanakan hukum syara' kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam."
- (Ucapan Dr Mahathir Mohamad pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas, Kelantan).

"APAKAH hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?"
- (Ucapan Dr Mahathir Mohamad pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).


p/s : BUMI INI TUHAN YANG PUNYA, JANGAN SOMBONGLAH DIK OII..!!

Sabtu, Julai 30

- ahlan ya RAMADHAN KAREEM..

Sabda Rasulullah S.A.W :

"..Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-Nya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama.." - Al-Bara' bin 'Azib r.a

"..Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan, tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan, berhentilah dari meneruskannya, dan (ketahuilah) Allah membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, terdapat pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut).." - Abu Hurairah r.a

"..Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.." - Bukhari dan Muslim

"..Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah s.w.t berkata, melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.." - Bukhari dan Muslim.

"..Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.." -Abu Daud, Ibnu Majah dan At-Tarmizi.

"..Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan..” -At-Tarmizi


Wallahu a'alam.

Selasa, Julai 5

- Perang era baru..

1. Sunnah kehidupan di muka bumi Tuhan, sentiasa bersaing dan berlumba-lumba meraih tempat teratas dalam meneruskan hidup. Bagi yang berkuasa, akan terus bermaharajalela. Bagi yang lemah, akan terus tertindas tanpa belas kasihan lawan.

2. Penguasaan pemikiran telah jadi persaingan cara baru dalam meraih kuasa. Bahkan mampu meruntuhkan sesebuah tamadun. Serangan pemikiran yang telah dirancang dengan penuh sistematik, adalah salah satu jalan utama puak kuffar dan zionis dalam menghancurkan Islam.

3. Sejarah membuktikan, tekanan fizikal ke atas umat Islam, menjadikan Islam semakin kuat. Namun realiti hari ini, Umat Islam bagaikan telur dihujung tanduk. Menanti masa rebah.

4. Suntikan jahiliyah ke dalam pemikiran umat Islam hari ini, dengan rakusnya telah merubah cara umat Islam berfikir. Turut berubah dari sudut akhlak, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Hinggakan Islam kini hanya tinggal nama.

5. Kita langsung terleka dengan fitnah dunia yang kian merosakkan kita tanpa sedar. Pengaruh hiburan, pemakanan dan pemakaian membuatkan kita semakin jauh dari landasan syariat. Bahkan cara hidup kita yang semakin jauh dengan nilai-nilai Islam.

6. Jangan kita pernah lupa, setiap saat zionis dan kuffar sentiasa merancang untuk hancurkan Islam. Setelah kejatuhan Khilafah Islamiah, mereka berterusan menyuntik umat Islam bagi menumbuhkan pemahaman nasionalis yang akhirnya kekuatan perpaduan umat Islam menjadi semakin hancur akibat semangat perkauman dan berpuak-puak.

7. Apa kata orang kita hari ini? Agama hanyalah untuk Akhirat. Kerajaan adalah untuk dunia. Cukup sekadar hidup untuk solat dan beribadah tanpa peduli masalah negara.

Renungilah nasib anak bangsaku kini...



Selasa, Jun 28

- Peristiwa simbolik ajaib

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Jumaat, Jun 10

- We fight to FREEDOM.!!

KAHERAH - "Ketikamana Ikhwan Muslimin diselar dengan api kezaliman diktator malah dinyahkan ke dalam penjara-penjara serta disiksa teruk, pada waktu itu, Allah sedang mengintip pelaku zalim, maka selepas Ikhwan dipukul habis-habisan, tiba pula balasan Allah secara menyeluruh, sebaik sahaja penangkapan besar-besaran ke atas Ikhwan pada tahun 1954, pemerintah Mesir dilanda kekalahan perang pada tahun 1956, ditangkap lagi Ikhwan pada tahun 1965, lalu kekalahan memalukan pula menimpa pemerintah Mesir pada tahun 1967(Naksah 1967)," sambung lagi kenyataan beliau,"Ikhwan di Mesir menerima tentangan Mubarak yang telah menangkap anggota-anggota Ikhwan dan memenjarakannya serta menghakimi di mahkamah tentera, lalu Mubarak rebah teruk sebaik sahaja tibanya revolusi 25 Januari," kata Dr. Muhammad Badie', Murshidul Am, Jamaah Ikhwan Muslimin.

Dr. Muhammad Badie', Murshidul Am Jamaah Ikhwan Muslimin ke-8. Beberapa hari yang lalu, Parti Kebebasan dan Keadilan(Freedom and Justice Party) yang dipelopori Ikhwan telah diluluskan sebagai sebuah parti politik di Mesir.

Tambah beliau ketika menyampaikan mesej mingguan semalam, "tidak syak lagi, kemenangan akan datang pasti mengembalikan semula Al-Quds dan Palestin serta dataran tinggi Golan(Syria), juga tanah-tanah yang dijajah oleh Israel yang mana kemenangan ini tidak dapat digambarkan oleh fantasi luarbiasa, bahkan ia adalah harapan yang begitu sukar, namun boleh dicapai setelahmana keseluruhan masyarakat telah bangkit dan tahu mencari jalannya." Sumber 10/06/2011, suratkhabar Misril-Youm

Isnin, Mei 23

- patah tumbuh, hilang berganti??

Mudahnya 'pemergian' mereka..

Tiada siapa pun menyangka tanah mampu membunuh.

Walhal, jasad pun berasal dari tanah..

Izrael sentiasa di mana-mana..menanti saat giliran hamba untuk dibawa menghadap kholiqnya..

mereka anak-anak yatim..banyak pahala jika kita sekadar hanya mengusap kepala mereka..mereka golongan yang dicintai Nabi.

masa yang ada, tak mungkin kan bertahan lama. mungkin esok, lusa..atau sebentar saja lagi.



Segeralah bertaubat..dan berbuat baiklah sesama manusia..terutama mereka yang memerlukan kita..

Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosa kami serta dosa-dosa kedua ibu bapa kami.

Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah mendahului kami dan tempatkanlah mereka bersama-sama orang-orang yang beriman.

amin.

Isnin, Mei 16

- selamat hari guru


SELAMAT HARI GURU...

kudedikasi khas buat mereka..

Rasululullah..murabbi agung dan terulung..sirah hidupmu amat mengajari kami selaku ummatmu..

Abah & mak tercinta..cukup dengan tingkah laku dan air mata kalian,banyak mengajarku seribu satu ilmu yang tak mungkin kuperolehi dari guru-guru lain..

juga buat mereka yang banyak berjasa dalam memberi ilmu kepadaku..

TADIKA KEMAS
>> Cikgu Rosmawati..

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LARUT (SKCL)
>> Us. Kamaruddin..Ustz. Fadhilah..dll..

SEKOLAH MENENGAH TENGKU MENTERI (SMTM)
>> Us. Abdullah Hussin..dll

MA'HAD ULUM SYARIAH WAL QURANIAH (MUSQ)
>> Us. Khalid, Us. Amri, Us. Amrah, Us. Fakhrul, dll..

>> Ust. Asna Zainatul Nufus, Cikgu Mazni, Cikgu Teh Zalifah, dll..

MA'HAD TARBIAH ISLAMIAH (MTI)
>> Ust. Zainuddin, Us. Zafrullah, Us. Mohamad, Us. Raden Mahmud, Us. Hatta , Us. Ibrahim, Us. Daud, Us. Zafrullah, Us. Kadir, Us. Hanifah, Us. Awang, Us. Mat Isa, Us, Junaidi, Us. Haji Saleh, Us. Haji Zakaria, dll..

>> Ust. Hafizah, Ust. Fauziah, Allahyarhamah Ust. Robiah, Ust. Norehan, Ust. Syatirah, Ust. Syaznizura, Kak Shima, Kak Yong, dll..

J AMI'AH AL-AZHAR AS-SYARIF (TANTA)
>> Syeikh Jamal, Syeikh Judah, Syeikh Syihabudin, Syeikh Ibrahim,
Syeikh Abdullah, Syeikh Mustafa, dll..

dan buat mereka yang tidak kusebut namanya disini, moga jasa kalian dibalasi ALLAH S.W.T..dokan moga segala ilmu yang telah dicurahkan mendapat rahmat dan keberkatan dari TUHAN PEMILIK SEGALA ILMU..

Ameen..

Isnin, Mei 9

- Pemuda : Masa depan Ummah di tanganmu..

Dapat diperhatikan secara jelas , bagaimana dunia Islam hari ini sedang dikepong oleh musuh – musuhnya dari segenap arah . Bahkan permusuhan mereka terhadap Islam kian ketara dan mereka seperti tidak sabar lagi mahu melihat Islam ini hancur dan ummahnya musnah .

Sepanjang kembara tarbiyah , saya bersama Ustaz Zulqarnain dan Ir. Hj Khairil akan mengambil sebahagian masa untuk membincangkan apakah langkah dan bagaimana pula tindakan yang mesti diambil oleh kita selaku seorang muslim bagi mempertahankan Islam dan membantu ummat ini kembali bangkit bersama Izzah Islam .

Saya juga mengharapkan agar pemuda – pemuda Islam tidak memandang remeh akan perkara ini jauh sekali memandang sepi ke arahnya tanpa sebarang reaksi , sedang ummah sangat memerlukan sentuhan pemuda Islam bagi menyelamatkan mereka dan generasi yang mendatang.

Pemuda mestilah peka dan sensitive malah bersikap responsive terhadap pergerakkan musuh yang mungkin sukar dikesan oleh orang awam justeru mereka sering berselindung disebalik peraturan , undang – undang , Ngo , pergerakan kebajikan , hak asasi , kebebasan media dan seumpamanya .

Pemuda jangan lengah untuk bingkas menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada Islam dan jangan sekali – kali lena di saat musuh bertubi arus mengarahkan serangan pemikiran kepada ummat Islam .

Pemuda sewajarnya bersatu dan jangan sekali – kali pecah hati dan retak solidarity dalam mengumpul segala upaya dan kekuatan berhadapan dengan ancaman musuh yang datang dengan perancangan rapi serta sistematik .

ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM

Al Marhum Abu A’ala Al Maududi rhm. Pernah menyebut di dalam bukunya yang berjudul Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini , bahawa musuh – musuh Islam begitu licik mengatur strategi untuk melemahkan Islam dan ummatnya . Antara taktik mereka ialah :


PERTAMA :

Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah.

KEDUA :

Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan.

Mereka juga tidak akan mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara. Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam mengunakan taktik ini.

KETIGA :

Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat.

Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga caracara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya.

Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

DI ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM

ِِAnda semua mestilah benar-benar menjadi muslim , baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran.

Juga agar anda benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam.

Anda semua mesti segera memperbetulkan budipekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau.

Hendaklah anda semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan itu akan menuumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan menghilangkan kepercayaan.

Sesungguhnya kejayaan akan bergantung kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan di antara amalan anda dengan perkataan anda. Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.

Firman Allah :

يَاأَيُهَا الَّذِینَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ *
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk berdakwah.

Samada dengan tulisan atau dengan ucapan. Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul. Anda perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.

Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik.

Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.

Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup.

Dan tugas anda ini hendaklah diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.

Kumpulan ini sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang seri yang berlandaskan Islam. Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.

Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda.

Hendaklah anda menyusun orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah barisan anda.

Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin, kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.

Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang orang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka.

Anda jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.

Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka, meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah
rosak.

Ini adalah penting kerana :

Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,

Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.

Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.

Anda pasti menghayung langkah kedepan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan anda terlalu cepat menghayung langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan anda dahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atas jalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan.

Antara hakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkara yang tidak selamat akibatnya. Contohnya

- kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita

- Harapan kita menyertai di dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati kepada tujuan-tujuan kita. Tetapi itu adalah perkara yang salah kerana pengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan kepentingan dan nafsu mereka.

Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.

Rabu, Mei 4

- mereka, dulu..kini kita..

Saban tahun, tirai PMRAM berlabuh. Kini muncul lagi suasana serupa. Pasti banyak kenangan pahit manis. Fitrah perjuangan, kepimpinan silih berganti. Meneruskan kesinambungan agenda dakwah yang dibawa pejuang terdahulu.

"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah", suatu tema yang mungkin sudah agak lama namun sejauh mana terpahat di hati. Realiti jadi saksi, kesatuan terpecah dek kerana tiada kefahaman berbentuk kebersamaan. Fikrah yang lemah, memustahilkan untuk kukuhnya kesatuan.

Selaku penuntut ilmu, syakhsiah yang perberibadikan Rasulullah sebagai idola haruslah ditonjolkan. Segala ilmu yang diterokai sepanjang keberadaan dibumi anbiya', perlu diaplikasi sejajar dengan kekuatan fikrah yang mantap.

Juga selaku ahli yang cintakan kesatuan, kebersamaan kita bersama jemaah adalah atas dasar kefahaman yang jelas tentang pentingnya berjemaah.

Buat pimpinan PMRAM yang baru menaiki takhta, kalian kan diperhatikan di setiap sudut. Kalianlah murabbi yang bakal membawa bahtera PMRAM ke jalan yang di redhai Allah.

Rebah bangun dalam medan juang ini adalah fitrah..!!

Bimbinglah kami dan kita semua selaku abna' as-saurah dengan cahaya keIMANan dan kesatuan.

Moga PMRAM terus subur hingga akhirnya.

We love PMRAM..!!!


Rabu, April 13

- Inilah jalanku

1. Persatuan atau jemaah merupakan wadah perjuangan kita untuk tegakkan Islam di muka bumi Allah s.wt. yang fungsinya untuk menggantikan khilafah Islamiah yang telah runtuh sewaktu tika dulu.

2. Sebuah jemaah yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah perlu dihayati sebagai sebuah gerakan Islam yang sebenarnya di jalan yang betul dan bukan semata-mata sebuah parti politik. Sekalipun ianya menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi, namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah gerakan Islam.

3. Inilah yang membezakan jemaah sebagai sebuah gerakan Islam dengan gerakan-gerakan lain. Selain dasar dan prinsipnya ialah Islam, ia mesti tertegak dengan sistem pengkaderan syakhsiah dan pentarbiahan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.

4. Inilah juga kekuatan dan rahsia keunggulan gerakan Islam. Memisahkan agama dan politik merupakan salah satu doktrin luar yang cuba diresap masuk ke dalam pemikiran rakyat bagi menafikan perjuangan sebuah gerakan Islam sekaligus mendakwa ia hanya sebuah gerakan politik semata-mata. Ternyata ia hanyalah agenda musuh untuk menjatuhkan kewibawaan gerakan Islam.

5. Selaku jundi, kita harus faham tentang prinsip yang telah diajar oleh Hassan Al-Banna berkaitan adab dalam kesatuan dan berjemaah. Aspek wala', thiqah dan taat antara elemen yang diserap ke dalam jiwa pengikut gerakan Islam bagi menghadapi segala serangan musuh.

6. Jemaah dan gerakan Islam yang mempunya akhlak, adab dan disiplinnya yang tersendiri pastinya menggerunkan pihak lawan.

Ahad, April 3

- tak terfikirkah?

Sesuatu yg anda x perasan@terfikir..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat dan cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. Walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Sabtu, April 2

- bicara jiwa

Kasih tuhan tak pernah kenal erti balas. Dia melimpahinya kepada semua hambaNya yang ikhlas beribadat. Dari sekecil-kecil nikmat, hingga sebesar-besarnya telahpun kita miliki dengan rasa syukur. Maha suci Tuhan yang Maha Kaya dengan kasih sayang yang denganNya kita menyembah dan mengharapkan bantuan. Moga dengan pengharapan ikhlas hamba kerdil kepada Kholiqnya sentiasa ditemani doa para Malaikat yang sentiasa menemani di kiri dan kanan.
gambar hiasan

Buat-Mu wahai Rasulullah..kami amat merinduimu..dengan titik peluh serta titis darah pengorbananMu memberikan kami ruang merasa nikmat kasih sayang Tuhan yang tak pernah sekali pun Engkau meminta balasan Ya Rasulullah..Bahkan Engkau sentiasa mendoakan kami kendatipun di saat akhir hayatMu..syafaatilah kami sebagai pengikutMu yang sentiasa berpegang teguh dengan tali Tuhan Penguasa Alam..moga kami adalah sebahagian generasi yang sentiasa memikul amanah dakwahMu dalam kehidupan kami selaku mata rantai perjuanganMu lantas menginginkan agar keizzahan agama yang Kau bawakan kepada kami, tertegak di muka bumi Allah s.w.t.

Sungguh, jiwa yang dilazimi zikir kepada Tuhan kan mengecapi nikmat ketenangan biarpun sentiasa diuji dengan pelbagai kepahitan serta asam garam dalam jalan dakwah. Mutiara berharga pasti menanti.

Nah, kotornya jiwa tanpa Iman. Kosong tanpa zikir. Pasti rebah di jalan juang.

Ya Tuhan!!Tetapkan hati kami. Bersihkan jiwa-jiwa kami.

Teguhkan pengharapan kami dalam menghadapi mehnahMu.

Janji kami, akan terus tetap setia bersama Rasulullah. Hidup mati kami, diserah sepenuhnya padaMu Ya Tuhan Kami.

Tetapkan kami bersama para kekasihMu..

Amin Ya Rabb...

Rabu, Februari 23

- perjumpaan bersama yb Mohammad Zahir

IPOH,23 Februari – Satu perjumpaan tertutup telah diadakan bersama beberapa orang anak Perak oleh Y.B Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak. Turut bersama Tuan Haji Abdul Jamil bin Haji Mat Kasa,Pengurus Besar Yayasan Perak.

Di dalam perjumpaan tersebut, pelbagai persoalan telah diajukan oleh mereka yang hadir. Ibu bapa yang turut bersama juga mengambil peluang ini bagi merungkai segala masalah yang dihadapi.

Diantara persoalan yang diajukan adalah mengenai proses penghantaran semula pelajar ke Mesir berikutan keputusandalam mesyuarat Ketua-ketua Menteri dan Menteri Besar yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Kami berharap agar pihak kerajaan negeri sudi menghadiahkan wang ehsan kepada para pelajar bagi meringankan beban perbelanjaan di sana”. Cadangan salah seorang wakil KPIPM di dalam perjumpaan tersebut.

“Kami akan memastikan keadaan di sana selamat sebelum melepaskan para pelajar pulang semula bagi menyambung pengajian di sana”. Ujar Dato’ Mohammad Zahir ketika ditanya mengenai keadaan di sana.

Namun segalanya bergantung kepada keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak yang dijadualkan akan berlangsung pada petang nanti.

Kerajaan negeri Perak juga telah memberikan mandat kepada Yayasan Perak bagi menguruskan urusan penghantaran pelajar semula ke Mesir.

Di dalam perjumpaan ini juga,pihak KPIPM mengambil peluang untuk melahirkan rasa terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Perak yang membantu OPS PIRAMID baru-baru ini dengan penyerahan surat penghargaan ucapan terima kasih kepada Y.B Dato’ Mohammad Zahir oleh Yang Dipertua KPIPM,saudara Khairul Ashraf Mohd Khir.

KPIPM juga melahirkan rasa terima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan menyerahkan surat penghargaan ucapan terima kasih kepada Dr. Syed Omar bin Syed Sharifuddin, Ketua Pegawai Eksekutif. Namun,beliau mempunyai komitmen lain dan surat tersebut diserahkan kepada setiausaha peribadi beliau.

Sebarang maklumat terkini,akan disebarkan melalui blog rasmi KPIPM di kpipm64.blogspot.com dan Yahoo Messengerkpipm64 bagi makluman seluruh ahli KPIPM.

Sebarang masalah boleh terus menghubungi wakil Yayasan Perak di talian :

Pejabat Yayasan Perak : +605-2552929 /+605-2556633

Tuan Haji Jamil : +6012-5241121

YDP KPIPM : +6011-1909393

sumber : blog kpipm


Isnin, Januari 10

- Syafakumullah

SLIM RIVER, 10 Jan.:- Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki (Gambar) terlibat dengan satu kemalangan di Lebuhraya PLUS berdekatan Behrang sekitar jam 5.30 petang tadi.

Dikatakan kereta yang dipandunya yang mengarah ke Ipoh dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur terbabas dalam keadaan hujan yang lebat.

Kenderaan yang dinaikinya mengalami kerosakan teruk namun beliau bersama 2 anaknya hanya mengalami kecederaan ringan.

Ust. Misbah dibawa ke Hospital Slim River sebelum dibawa ke Hospital Ipoh untuk pemeriksaan lanjut lewat petang tadi.

-dari blog CINA ISLAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...