Kasih tuhan tak pernah kenal erti balas. Dia melimpahinya kepada semua hambaNya yang ikhlas beribadat. Dari sekecil-kecil nikmat, hingga sebesar-besarnya telahpun kita miliki dengan rasa syukur. Maha suci Tuhan yang Maha Kaya dengan kasih sayang yang denganNya kita menyembah dan mengharapkan bantuan. Moga dengan pengharapan ikhlas hamba kerdil kepada Kholiqnya sentiasa ditemani doa para Malaikat yang sentiasa menemani di kiri dan kanan.
gambar hiasan
Buat-Mu wahai Rasulullah..kami amat merinduimu..dengan titik peluh serta titis darah pengorbananMu memberikan kami ruang merasa nikmat kasih sayang Tuhan yang tak pernah sekali pun Engkau meminta balasan Ya Rasulullah..Bahkan Engkau sentiasa mendoakan kami kendatipun di saat akhir hayatMu..syafaatilah kami sebagai pengikutMu yang sentiasa berpegang teguh dengan tali Tuhan Penguasa Alam..moga kami adalah sebahagian generasi yang sentiasa memikul amanah dakwahMu dalam kehidupan kami selaku mata rantai perjuanganMu lantas menginginkan agar keizzahan agama yang Kau bawakan kepada kami, tertegak di muka bumi Allah s.w.t.
Sungguh, jiwa yang dilazimi zikir kepada Tuhan kan mengecapi nikmat ketenangan biarpun sentiasa diuji dengan pelbagai kepahitan serta asam garam dalam jalan dakwah. Mutiara berharga pasti menanti.
Nah, kotornya jiwa tanpa Iman. Kosong tanpa zikir. Pasti rebah di jalan juang.
Ya Tuhan!!Tetapkan hati kami. Bersihkan jiwa-jiwa kami.
Teguhkan pengharapan kami dalam menghadapi mehnahMu.
Janji kami, akan terus tetap setia bersama Rasulullah. Hidup mati kami, diserah sepenuhnya padaMu Ya Tuhan Kami.
Tetapkan kami bersama para kekasihMu..
Amin Ya Rabb...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan