Sabtu, Julai 30

- ahlan ya RAMADHAN KAREEM..

Sabda Rasulullah S.A.W :

"..Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-Nya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama.." - Al-Bara' bin 'Azib r.a

"..Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan, tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan, berhentilah dari meneruskannya, dan (ketahuilah) Allah membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, terdapat pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut).." - Abu Hurairah r.a

"..Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.." - Bukhari dan Muslim

"..Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah s.w.t berkata, melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.." - Bukhari dan Muslim.

"..Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.." -Abu Daud, Ibnu Majah dan At-Tarmizi.

"..Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan..” -At-Tarmizi


Wallahu a'alam.

Selasa, Julai 5

- Perang era baru..

1. Sunnah kehidupan di muka bumi Tuhan, sentiasa bersaing dan berlumba-lumba meraih tempat teratas dalam meneruskan hidup. Bagi yang berkuasa, akan terus bermaharajalela. Bagi yang lemah, akan terus tertindas tanpa belas kasihan lawan.

2. Penguasaan pemikiran telah jadi persaingan cara baru dalam meraih kuasa. Bahkan mampu meruntuhkan sesebuah tamadun. Serangan pemikiran yang telah dirancang dengan penuh sistematik, adalah salah satu jalan utama puak kuffar dan zionis dalam menghancurkan Islam.

3. Sejarah membuktikan, tekanan fizikal ke atas umat Islam, menjadikan Islam semakin kuat. Namun realiti hari ini, Umat Islam bagaikan telur dihujung tanduk. Menanti masa rebah.

4. Suntikan jahiliyah ke dalam pemikiran umat Islam hari ini, dengan rakusnya telah merubah cara umat Islam berfikir. Turut berubah dari sudut akhlak, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Hinggakan Islam kini hanya tinggal nama.

5. Kita langsung terleka dengan fitnah dunia yang kian merosakkan kita tanpa sedar. Pengaruh hiburan, pemakanan dan pemakaian membuatkan kita semakin jauh dari landasan syariat. Bahkan cara hidup kita yang semakin jauh dengan nilai-nilai Islam.

6. Jangan kita pernah lupa, setiap saat zionis dan kuffar sentiasa merancang untuk hancurkan Islam. Setelah kejatuhan Khilafah Islamiah, mereka berterusan menyuntik umat Islam bagi menumbuhkan pemahaman nasionalis yang akhirnya kekuatan perpaduan umat Islam menjadi semakin hancur akibat semangat perkauman dan berpuak-puak.

7. Apa kata orang kita hari ini? Agama hanyalah untuk Akhirat. Kerajaan adalah untuk dunia. Cukup sekadar hidup untuk solat dan beribadah tanpa peduli masalah negara.

Renungilah nasib anak bangsaku kini...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...