home



Selasa, Julai 5

- Perang era baru..

1. Sunnah kehidupan di muka bumi Tuhan, sentiasa bersaing dan berlumba-lumba meraih tempat teratas dalam meneruskan hidup. Bagi yang berkuasa, akan terus bermaharajalela. Bagi yang lemah, akan terus tertindas tanpa belas kasihan lawan.

2. Penguasaan pemikiran telah jadi persaingan cara baru dalam meraih kuasa. Bahkan mampu meruntuhkan sesebuah tamadun. Serangan pemikiran yang telah dirancang dengan penuh sistematik, adalah salah satu jalan utama puak kuffar dan zionis dalam menghancurkan Islam.

3. Sejarah membuktikan, tekanan fizikal ke atas umat Islam, menjadikan Islam semakin kuat. Namun realiti hari ini, Umat Islam bagaikan telur dihujung tanduk. Menanti masa rebah.

4. Suntikan jahiliyah ke dalam pemikiran umat Islam hari ini, dengan rakusnya telah merubah cara umat Islam berfikir. Turut berubah dari sudut akhlak, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Hinggakan Islam kini hanya tinggal nama.

5. Kita langsung terleka dengan fitnah dunia yang kian merosakkan kita tanpa sedar. Pengaruh hiburan, pemakanan dan pemakaian membuatkan kita semakin jauh dari landasan syariat. Bahkan cara hidup kita yang semakin jauh dengan nilai-nilai Islam.

6. Jangan kita pernah lupa, setiap saat zionis dan kuffar sentiasa merancang untuk hancurkan Islam. Setelah kejatuhan Khilafah Islamiah, mereka berterusan menyuntik umat Islam bagi menumbuhkan pemahaman nasionalis yang akhirnya kekuatan perpaduan umat Islam menjadi semakin hancur akibat semangat perkauman dan berpuak-puak.

7. Apa kata orang kita hari ini? Agama hanyalah untuk Akhirat. Kerajaan adalah untuk dunia. Cukup sekadar hidup untuk solat dan beribadah tanpa peduli masalah negara.

Renungilah nasib anak bangsaku kini...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...