Rabu, April 13

- Inilah jalanku

1. Persatuan atau jemaah merupakan wadah perjuangan kita untuk tegakkan Islam di muka bumi Allah s.wt. yang fungsinya untuk menggantikan khilafah Islamiah yang telah runtuh sewaktu tika dulu.

2. Sebuah jemaah yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah perlu dihayati sebagai sebuah gerakan Islam yang sebenarnya di jalan yang betul dan bukan semata-mata sebuah parti politik. Sekalipun ianya menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi, namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah gerakan Islam.

3. Inilah yang membezakan jemaah sebagai sebuah gerakan Islam dengan gerakan-gerakan lain. Selain dasar dan prinsipnya ialah Islam, ia mesti tertegak dengan sistem pengkaderan syakhsiah dan pentarbiahan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.

4. Inilah juga kekuatan dan rahsia keunggulan gerakan Islam. Memisahkan agama dan politik merupakan salah satu doktrin luar yang cuba diresap masuk ke dalam pemikiran rakyat bagi menafikan perjuangan sebuah gerakan Islam sekaligus mendakwa ia hanya sebuah gerakan politik semata-mata. Ternyata ia hanyalah agenda musuh untuk menjatuhkan kewibawaan gerakan Islam.

5. Selaku jundi, kita harus faham tentang prinsip yang telah diajar oleh Hassan Al-Banna berkaitan adab dalam kesatuan dan berjemaah. Aspek wala', thiqah dan taat antara elemen yang diserap ke dalam jiwa pengikut gerakan Islam bagi menghadapi segala serangan musuh.

6. Jemaah dan gerakan Islam yang mempunya akhlak, adab dan disiplinnya yang tersendiri pastinya menggerunkan pihak lawan.

Ahad, April 3

- tak terfikirkah?

Sesuatu yg anda x perasan@terfikir..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat dan cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. Walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Sabtu, April 2

- bicara jiwa

Kasih tuhan tak pernah kenal erti balas. Dia melimpahinya kepada semua hambaNya yang ikhlas beribadat. Dari sekecil-kecil nikmat, hingga sebesar-besarnya telahpun kita miliki dengan rasa syukur. Maha suci Tuhan yang Maha Kaya dengan kasih sayang yang denganNya kita menyembah dan mengharapkan bantuan. Moga dengan pengharapan ikhlas hamba kerdil kepada Kholiqnya sentiasa ditemani doa para Malaikat yang sentiasa menemani di kiri dan kanan.
gambar hiasan

Buat-Mu wahai Rasulullah..kami amat merinduimu..dengan titik peluh serta titis darah pengorbananMu memberikan kami ruang merasa nikmat kasih sayang Tuhan yang tak pernah sekali pun Engkau meminta balasan Ya Rasulullah..Bahkan Engkau sentiasa mendoakan kami kendatipun di saat akhir hayatMu..syafaatilah kami sebagai pengikutMu yang sentiasa berpegang teguh dengan tali Tuhan Penguasa Alam..moga kami adalah sebahagian generasi yang sentiasa memikul amanah dakwahMu dalam kehidupan kami selaku mata rantai perjuanganMu lantas menginginkan agar keizzahan agama yang Kau bawakan kepada kami, tertegak di muka bumi Allah s.w.t.

Sungguh, jiwa yang dilazimi zikir kepada Tuhan kan mengecapi nikmat ketenangan biarpun sentiasa diuji dengan pelbagai kepahitan serta asam garam dalam jalan dakwah. Mutiara berharga pasti menanti.

Nah, kotornya jiwa tanpa Iman. Kosong tanpa zikir. Pasti rebah di jalan juang.

Ya Tuhan!!Tetapkan hati kami. Bersihkan jiwa-jiwa kami.

Teguhkan pengharapan kami dalam menghadapi mehnahMu.

Janji kami, akan terus tetap setia bersama Rasulullah. Hidup mati kami, diserah sepenuhnya padaMu Ya Tuhan Kami.

Tetapkan kami bersama para kekasihMu..

Amin Ya Rabb...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...