home



Isnin, Januari 10

- Syafakumullah

SLIM RIVER, 10 Jan.:- Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki (Gambar) terlibat dengan satu kemalangan di Lebuhraya PLUS berdekatan Behrang sekitar jam 5.30 petang tadi.

Dikatakan kereta yang dipandunya yang mengarah ke Ipoh dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur terbabas dalam keadaan hujan yang lebat.

Kenderaan yang dinaikinya mengalami kerosakan teruk namun beliau bersama 2 anaknya hanya mengalami kecederaan ringan.

Ust. Misbah dibawa ke Hospital Slim River sebelum dibawa ke Hospital Ipoh untuk pemeriksaan lanjut lewat petang tadi.

-dari blog CINA ISLAM

Ahad, Januari 2

- salam imtihan

assalamualaikum..dikesempatan ini nak ucapkan selamat menempuh imtihan..semoga kejayaan milik kita semua.


Imtihan ada di mana2. Kerana ujian itu fitrah dan ianya adalah milik Allah. DiujiNya kita selaku hamba untuk menilai sejauh mana ketinggian pengharapan kita kepadaNya.


Bukanlah dikalangan umat baginda s.a.w bagi mereka yang penakut. Takut dengan ujian dan cabaran. Kita bukanlah hamba dunia,apatah lagi hamba sesama manusia. Mereka menguji kita, kita ada tempat penggantungan. Namun bila mereka diuji,hanya neraka selayaknya buat mereka.


Sentiasa sabar dan thabat, itu tarbiyah kita. Sunnah orang berjuang alami tekanan. Bukan mudah menyambung apa yang telah dibawa oleh Rasulullah.


Ya rabb..jadikan kami sebahagian dari pengikut Rasulullah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...