home



Isnin, Jun 28

- WANITA - sayap kiri perjuangan..

Era modenisasi dan globalisasi masakini telah membuktikan kepada sesebuah negara itu tidak dapat menafikan kepentingan gerakan mahasiswa bagi membentuk generasi yang mampu membawa perubahan yang baik kepada lebih baik untuk masa depan ummah yang cemerlang didunia dan akhirat.

Seperti yang kita maklumi mahasiswa merupakan golongan pelajar yang berpendidikan diperingkat tinggi di universiti sama ada dalam jurusan BA, Master atau PHD. Apa itu gerakan mahasiswa? Gerakan mahasiswa adalah satu unit sosial yang melibatkan mahasiswa dan berperanan dalam membawa agenda atau revolusi kebangkitan suara mahasiswa bagi membuat sesuatu perubahan kearah yang lebih positif dan realistik.

Oleh itu, mahasiswa kini telah membuktikan kebangkitan suara mereka dalam menegakkan kebenaran berdasarkan ilmu pengetahuan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kesedaran kefahaman Islam dan semangat yang kuat dapat membentuk jatidiri mahasiswa kearah yang lebih efektif dan rasional. Kebangkitan gerakan mahasiswa bukanlah semata -mata di atas desakan ekstrimis tetapi kerana kesedaran dalam membawa kefahaman Islam yang sebenar kepada diri, keluarga, bangsa, masyarakat dan negara.

Sabtu, Jun 26

- jom berjaulah..!!

Salam buat sahabat ikhwah KPIPM yang berada di Bumi Anbiya'.Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah KPIPM akan menganjurkan
jaulah ke FAYYUM. Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh : 8 Julai 2010
Pendaftaran : le 75.00


Antara tempat menarik :

Kincir air Nabi Yusof
Tasik Qarun
Ain Silin
Wadi Rayyan
Dll.


Bagi yang berminat untuk menyertai,sila daftarkan diri anda selewat-lewatnya

5 Julai 2010.

Maklumkan kepada mandub bagi muhafazah masing2 atau berhubung terus dengan Ketua BPSR KPIPM 09/10 :

Mohd Ridhwan bin Othman
011-0370698

" MENEROKAI KEINDAHAN CIPTAAN ILAHI ''

klik blog KPIPM

Sabtu, Jun 19

- happy abah's day..

tika berjauhan
masih kurasa
hangat kasihmu ayah..
betapa kurindukan
redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada
keresahan..
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian..
ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan..
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya..
bila ku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa..
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa
kau iringkan..
tak dapat kubayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat di hati...

Rabu, Jun 16

- syeikh sya'rawi

bismillahirrahmanirrahim

Kelahiran Syeikh Sya`rawi

Hari Kamis tanggal 17 jun 2010 diadakan acara peringatan wafatnya al-Mufassir Syeikh Muhammad Mutawalli Sya`rawi di kampung halamannya Daqadus markaz Mit Ghamr, propinsi Daqahliyah Mesir, acara ini banyak di hadiri oleh ulama-ulama besar dan akan diisi dengan ceramah agama, nasyid dan ibtihalat.

Syeikh Sya`rawi dilahirkan pada 16 april 1911 di kota Daqdus Mit Ghamr, keluarga beliau yang soleh dan cinta dengan ilmu mempengaruhi hidup Syeikh Sya`rawi untuk belajar ilmu agama, ditambah lagi pengaruh masyarakat yang kental dengan ilmu dan pengajian menambah cintanya kepada ilmu dan pengajian.


Menuntut ilmu

Setelah mencecah umur yang di perbolehkan untuk belajar dan menghafal al-Qur`an di maktab Daqahliah, hal ini membuat Syeikh Sya`rawi merasa gembira sekali, siapa yang menyangka beliau kelak menjadi seorang ulama yang sangat terkenal di dunia islam datang dari desa kecil dari maktab yang kecil, maktab adalah sebuah pengajian al-Qur`an di mesir, disini anak-anak Mesir Diajar dan dididik untuk membaca al-Qur`an, inilah sebab mengapa di Mesir banyak orang menghafal al-Qur`an.

Setelah Syeikh Sya`rawi menghafal al-Qur`an al-Karim maka ayah beliau membawanya ke Zaqaziq untuk melanjutkan pelajaran di sekolah Ma`had al-Azhar Zaqaziq Syarqiah, disini beliau mempelajari segala ilmu agama, dari mulai tafsir, nahu, fiqih, tauhid,dan lainnya.

Disekolah ini nampak kecerdasan dan ke ilmuan Syeikh Sya`rawi, beliau mengungguli banyak dari teman sebayanya sehingga beliau mengakhiri sekolahnya di Zaqaziq dan melanjutkan pelajarannya di Jami` al-Azhar Cairo, betapa senangnya keluarga beliau yang melihat pertumbuhan ilmu Syeikh Sya`rawi dan keberhasilannya, banyak rekan sepengajiannya yang memuji kepintarannya, betapa beruntungnya sang ayah yang bersusah payang untuk menyekolahkan anaknya demi agama berhasil memasuki pendidikan Jami` al-Azhar yang sudah berdiri beratus tahun bahkan seribu tahun lebih, keberhasilan anaknya menyelesaikan pendidikan adalah hal yang terpenting bagi sang ayah, walupun meski mengeluarkan keringat memeras tenaga membanting tulang dibawah terik matahari yang panas, cucuran keringat menjadi semangat untuk terus bekerja menancapkan cangkul di tanah yang subur di aliri dengan air Nil yang barkah.


Pekerjaan dan Jabatan

Setelah Imam Sya`rawi mengakhiri pendidikannya di Jami` al-Azhar Syarif beliau terus di tetapkan sebagai tenaga pengajar di Ma`had al-Ahmadi Tonto, di tonto beliau menebarkan ilmu yang selama ini beliau pelajari, banyak para pelajar yang sangat suka dengan cara dan gaya Syeikh Sya`rawi mengajar, sehingga beliau menjadi bintang para guru, disisi lain Syeikh Sya`rawi merasa gembiridengankeberadaannya di kota Tonto,karena berhampiran dengan Makam Sidi Ahmad Badawi yang mulia dan keramat, beliau sangat sering sekali berziarah ke makam Sidi Ahmad Badawi untuk mencari barokah.

Dari Ma`had Tonto beliau di pindahkan ke Ma`had Iskandariyah, seterusnya beliau di pindahkan ke Ma`had Zaqaziq, melihat kealiman dan kehebatan beliau ketika memberikan pengajian sehingga mempengaruhi banyak pendengar sehingga beliau ditugaskan untuk mengajar di tafsir dan hadits di Kuliah Syari`ah di kota suci Makkah pada tahun 1951 masehi. Di Mekkah beliau bukan saja mengajar di Universitas bahkan beliau mengajar juga di masjid Haram al-Makki, di mimbar Hanafiyyah beliau memberikan pengajian dan fatwa bagi orang yang meminta fatwa, keadaan ini membuat Syeikh Sya`rawi menjadi lebih terkenal di kalangan ulama dan umat islam, setelah hampir sepuluh tahun beliau tinggal di Makkah maka beliau kembali kekampung halamannya Mesir dan mengajar kembali di Ma`had Tonto dan diangkat menjadi wakil Ma`had al-Azhar kemudian diangkat menjadi Derektur bahagian Dakwah di kementerian urusan wakaf dan agama, tidak berapa lama beliau diangakat menjadi Mufattis al-Azhar, kemudian diangkat kembali menjadi Derektur maktab Syeikh al-Azhar Imam Hasan Makmun pada tahun 1964 masehi.

Pada tahun 1966 masehi beliau di utus ke al-Geria untuk menjalankan misi mengarabkan kembali al-Geria yang telah di jajah Francis, sehingga adat dan kebudayaan mereka hilang akibat jajahan tersebut, dalam perjalanan beliau ke bahagian barat negeri islam beliau berjumpa dengan seorang ulama rabbani yang sangat di segani beliau adalah Syeikh Muhammad al-Bal`qaid at-Tilmisani, didalam perjumpaan ini beliau sempat mengambil tarikat dari Syeikh Muhammad al-Balqa`id, pada tahun 1970 beliau kembali ke Mesir, pada tahun 1976 beliau diangkat menjadi menteri urusan wakaf dan agama tetapi tidak lama beliau menjabat sebagai menteri sehingga meletakkan jawatannya dan kembali ke gelanggang medan dakwah sebenaranya, beliau tidak ingin duduk dikursi jabatan, tetapi ingin langsung terjun ke medan dakwah.


Aqidah,mazhab, Tarikat dan akhlak Imam Sya`rawi


Imam Sya`rawi ber`aqidahkan mazhab al-asy`ariyyah yang beliau pelajari dari guru-guru beliau di Jami` al-Azhar, sebab al-Azhar adalah pusat perkembangan aqidah Asya`irah di dunia, sementara mazhab beliau didalam cabang fikih adalah mazhab Syafi`i, sedangkan tarikat beliau adalah Tarikat Syadzuliyah al-Balqa`idiyyah yang beliau ambil dari Syeikh Muhammad al-Balqa`id, beliau seorang sufi besar yang mampu mengumpulkan ilmu Syari`at dan hakikat, sementara akhlak beliau adalah akhlak ulama rabbani, beliau sangat tawadhuk, rendah hati, mengasihi umat, menghormati ulama, berani mengutarakan yang hak walaupun dihadapan raja dan pemerintah, rajin beribadah dan beramal, selalu memberi makan faqir miskin sehingga beliau membuat tempat khusus untuk memberi makan orang-orang miskin, tutur bahasanya yang bagus dan halus membuat orang yang mendengarnya merasa senang dan suka kepadanya.


Wafatnya Imam Sya`rawi


Setelah menghabiskan waktunya untuk menyebarkan dakwah ke seluruh penjuru dunia sehingga umat islam dari kalangan atas dan bawah menerima dakwah beliau, umur yang sangat berkat karena telah dihabiskan untuk jalan Allah, tidak pernah beliau merasa bosan untuk berdakwah, tidak pernah beliau merasa letih untuk menyampaikan ilmunya, sehingga pemerintah Mesir, Uni Emirat Arab, Saudi Arabia, dan negara-negara lainnya memberikan penghargaan atas usaha dakwa yang beliau sampaikan, akhirnya beliau menghembuskan nafas yang terakhir kalinya dengan ucapan kalimat Syahadah setelah berteman dengan penyakit yang menimpa beliau, umat islam menangis atas kepergian beliau, dari berbagai negara mengucapkan bela sungkawa ( Takziah ) kepada pemerintahan Mesir karena kehilangan ulamanya yang karismatik, beribu pelayat menghadiri jenazah Imam yang agung Syeikh Mutawali Sya`rawi, mereka hadir untuk menyatakan betapa mereka merasa kehilangan seorang ulama yang memiliki ilmu yang tinggi, beliau meninggal dunia pada tanggal 17 juni 1998 masehi, dan di kuburkan di kampung halamannya Daqdus markaz Mit Ghamr propinsi Daqahlia, makam beliau selalu di ziarahi oleh umat islam dari berbagai negara, semoga Allah memberikan rahmatnya kepada Imam Sya`rawi.

Rujukan :

1 – Nailul Khairat al-Malmusah Bi Ziarati Ahli Bait Wa Solihin Bi Masr Mahrusah : halaman 207, karangan Dr. Said Abu As`ad.

sumber : syeikh husni ginting


p/s : Allah mengangkat ilmu dengan matinya para ULAMA'...

Selasa, Jun 15

- melompat lebih tinggi...

Rupa – rupanya ada kisah lain selain dari tuduhan menerima bayaran RM20 Juta atau 1/5 dari RM20 Juta itu untuk keluar Parti.


Kisah yang tidak berkaitan dengan RM20 Juta itu berkisar dan diwarnai dengan Komplot, Curi dan Peras Ugut, malah jumlah yang dikatakan terlibat juga tidaklah mencecah jutaan Ringgit.

Dan seperti biasa yang dituduh sebagai dalangnya ialah UMNO.

Kisah ini telah diceritakan oleh A. Sivanesan ADUN Sungkai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat M . Kulasegaran.

Kisah dikatakan bermula dengan kehilangan RM45,000.00 dari Firma Guaman yang dimiliki oleh Keshvinder Singh, ADUN Malim Nawar dari DAP yang telah mengumumkan keluar Parti menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN tengah hari tadi.

Walaupun Keshvinder menafikan UMNO sebagai dalang tindakannya itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan telah mendakwa sebaliknya.

Menurut ADUN Sungkai itu, Keshvinder telah menceritakan kepadanya hal kehilangan RM45,000.00 itu kepadanya ketika mereka berjumpa sekitar tiga minggu yang lalu.

Keshvinder telah menceritakan kepada Sivanesan bahawa salah satu seorang kakitangan yang bertugas di Firma Guamannya telah menggelapkan RM45, 000 wang pelanggannya dan dia sedang cuba untuk menyelesaikannya.

Malangnya sebelum Keshvinder menyelesaikan isu itu berita penyelewangan itu telah sampai kepada pihak UMNO.

Apabila pihak UMNO mendapat tahu hal itu , mereka mula menekan Keshvinder menggunakan isu itu terhadapnya dan dalam menekan mereka juga memujuk Keshvinder agar keluar DAP.
Sivanesan juga telah menyarankan agar Keshvinder membuat laporan polis.

Selain dari menceritakan perkara itu kepada Sivanesan , Keshvinder juga telah mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin DAP yang lain termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

Sivanesan juga telah mencabar Keshvinder untuk menyangkal bahawa dia telah menceritakan masaalah ini kepadanya dan beberapa pemimpin DAP yang lain.

Kulasegaran telah mengesahkan hal ini dengan menambah dan mendakwa bahawa kakitangan Keshvinder yang dipercayai telah menggelapkan wang RM45,000.00 itu dan melarikan diri mempunyai hubungan dengan UMNO.

Keshvinder telah menceritakan kepada Kulasegaran kakitangannya yang dikatakan mempunyai hubungan dengan UMNO itu , bukan saja telah melarikan wang pelanggannya malahan juga telah melarikan bersamanya resit pelanggannya.

Keshvinder bimbang kerana resit itu boleh digunakan untuk menentangnya , Kulasegaran juga telah menyarankan agar Keshvinder untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“ Kami bimbang akan sesuatu yang buruk menimpanya bila dia telah hilang kelmarin”

Kulasegaran juga mendesak Keshvinder mengundurkan diri secara terhormat sebagai seorang ADUN memandangkan beliau telah memenangi kerusi itu atas tiket DAP.

sumber : detikdaily

Ahad, Jun 13

- kamu ingat kami..??

bismillahirrahmanirrahim.

Masa terus beredar.Dunia terus ke penghujung. Usia kian meningkat. Tanpa kita sedari, kenangan makin jauh meninggalkan kita dan kita semakin menghampiri kematian. Namun yang pasti kita kan terus melangkah kaki mengikut rentak arus dunia tanpa berpalih ke belakang lagi.

Terkenang sanak saudaraku disana....

kalian bukan jauh...bahkan dekat..

Kami senantiasa ingat

dan dengar suara kalian..


DO U STILL REMEMBER ME?



We are still under siege




darkness..



do u still remember me..??



to get water we have to walk so far..




to fill a bottle or jar...



do u still remember me..???



we still no have food...




or medicine to be fed..




our kids...



are dying every day...



and many have just tears toshed...



illness...



and daily sadness...



to share...



so do u still remember me..??



Gaza children impolre U...!!
They are dying due to the blockade..



There
is 'growing humanitarian crisis',
happening in GAZA...



There is an
EXTREME restricted access..
to FOOD.. WATER.. and MEDICINE...


PLEASE...!!!




don't forget me..!!!



Please do remember me..!!!
GAZA NEEDS YOUR VOICE..!!!



Dimana silap kita?Apa salah mereka dibiarkan sendirian?Tanpa ada sedikitpun usaha kita untuk turut merasai derita mereka?

Mungkin mereka akan terus dibiarkan tanpa ada yang peduli..

Kita leka dengan apa yang terhidang di depan mata..

Barat semakin galak memperkotak katikkan hak kemanusiaan insan..

Kita..??

Masih seronok dengan keamanan negara kita yang belum tentu penghujungnya..

Hari ini mungkin hari mereka..

Esok mungkin ...KITA...


Sabtu, Jun 12

- 1 rejab

bismillahirrahmanirrahim.

Mafhum sabda Nabi S.A.W :

" Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan
kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.."


Sabdanya lagi :

" Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku &
bulan Ramadhan bulan umatku.."



Pastinya ramai yang tidak mengambil peduli akan kelebihan pada hari-hari yang telah disebutkan para ulama' khususnya di bulan rejab. Bukanlah dikatakan mulianya Rejab itu sehingga memaksa kita untuk beribadat hany pada bulan tersebut. Bahkan bulan rejab itu sepatutnya menjadi pemangkin untuk kita terus meningkatkan amal dalam kehidupan seharian di bulan-bulan berikutnya.

Sana sini orang mempertikaikan kesahihan hadith yang berkaitan kelebihan beramal di bulan rejab. Mengapa sampai terpaksa bertikam lidah?tu tak lain hanya nak menunjuk pandai. Diberitakan akan kelebihan itu moga kita lebih bersemangat untuk tingkatkan amalan. Bukan dengan hanya mengejar fadhilat semata-mata.

Antara peristiwa penting yang berlaku ialah peristiwa ISRA' & MI'RAJ dan perang TABUK. Ibrah di sebalik kisah yang berlaku di bulan Rejab wajar kita hayati.Lihat ketika mana baginda di ISRA'kan dari kota Mekah ke Baitul Maqdis..lalu di MI'RAJkan ke Sidratul Muntaha bagi menghadap Allah S.W.T. Semua ini berlaku dalam jangka masa yang bukan panjang bahkan peristiwa ini dianggap suatu yang aneh dan mustahil berlaku pada manusia biasa.

Perkara-perkara aneh yang berlaku pada Nabi Muhammad S.A.W bukanlah mustahil bagi Allah. Buat menguji sejauh mana Iman seseorang mukmin yang yakin akan kebesaran Tuhan Yang Maha Kuasa. Bahkan ramai penduduk Mekah yang hilang kepercayaan kepada baginda tatkala dikhabarkan berita itu kepada mereka. Goyah Iman mereka yang baru nak bercambah di samping baginda Nabi terus di herdik dan dicaci.

Bagaimana perjuangan yang dilalui oleh baginda dan para sahabat?Semua jalan yang dilalui demi melihat ISLAM tertegak bukanlah mudah. Namun itu bukan alasan untuk kita lari dari amanah yang terpundak dibahu-bahu kita selaku pejuang agama Allah S.W.T.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberi kesempatan untuk kita terus beribadat disamping mengejar redhaNya. Moga kelebihan yang terdapat pada hari-hari di bulan Rejab ini dapat kita hayati sekaligus tidak lupa mengerjakan amalan-amalan yang sememangnya wajib kita lakukan selaku hambaNya.

Khamis, Jun 10

- perjuangan ISLAM suatu kewajipan

UCAPAN AL-MURSYIDUL AM PAS MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT, DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT PADA 26 JAMADIL AKHIR 1431 / 9 JUN DI PUTIK, PENGKALAN CHEPA

sumber : harakahdaily

Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat. (An-Nisak: 58)

Terima kasih saudara pengerusi majlis,

· Yang Berhormat Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,

· Al-fadhil Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,

· Al-fadhilah Dewan Ketua Muslimat PAS Pusat,

· Al-fadhil Wakil Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,

· Yang dihormati ahli jawatankuasa Ulamak, Pemuda dan Muslimat,

· Serta sidang perwakilan dan para pemerhatian Muktamar sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk bersama-sama berada di dalam majlis perasmian muktamar tahunan dewan-dewan PAS Pusat pada malam ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan muktamar tahunan dewan-dewan yang julung-julung kali diadakan serentak pada tahun ini.

Mewakili pihak tuan rumah, saya mengucapkan selamat datang, “ahlan wasahlan wamarhaban biqudumikum..”

Perjuangan Islam Merupakan Satu Kewajipan

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa perjuangan Islam yang kita galas pada hari ini bukanlah satu pilihan, tetapi ia merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu kita semua. Ini kerana setiap perkara yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai tugasnya masing-masing. Makhluk seperti binatang mempunyai tugasnya. Kayu dan batu yang tidak bernyawa juga mempunyai tugasnya iaitu kesemuanya diciptakan oleh Allah SWT untuk kegunaan manusia sebagaimana yang disebut di dalam firmanNya:

Yang bermaksud: ”Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu”. (Al-Baqarah: 29)

Jika semua perkara di dunia ini diciptakan untuk kegunaan manusia, maka untuk apakah pula manusia itu sendiri diciptakan? Adalah janggal jika dikatakan manusia yang merupakan makhluk yang paling sempurna tidak mempunyai tugasnya yang tersendiri.

Justeru, Islam hadir dengan satu jawapan bahawa tugas manusia ialah mengabdikan diri kepada tuhan yang menciptakan alam ini iaitu Allah SWT. Jawapan ini jelas disebut oleh Allah SWT di dalam ayat yang berbunyi: Yang bermaksud : Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supayamereka mengabdi kepada-Ku. (Az-Zaariat: 56)

Pengabdian kepada Allah SWT haruslah dengan cara yang Allah sendiri tentukan. Ia tidak boleh dibuat dengan hasil kreativiti manusia itu sendiri. Manusia boleh berinovasi tetapi tidak di dalam urusan pengabdian kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, diutuskan para nabi alaihimussolatuwassalam untuk mengajar manusia bagaimana mahu mengabdikan diri kepada Allah gar tidak tersesat jalan dalam kehidupan ini. Hidup mengikut Islam adalah dua kali ; 1. Hidup untuk beribadah sepenuh masa iaitu hidup sekarang (duniawi). 2 Hidup selepas mati (kiamat) yang disebut dengan lebih daripada 40 nama termasuklah nama yaumiddin yang wajib diulang setiap kali muslim bersembahyang.

Inilah yang disebut sebagai dakwah. Para nabi datang bukan dengan tujuan mahu mengajar manusia bagaimana membina tamadun dan melakukan pembangunan fizikal, tetapi lebih jauh dari itu ialah dengan misi untuk menyelamatkan manusia dari terjun ke dalam api neraka di akhirat kelak.

Inilah apa yang dilakukan oleh PAS pada hari ini. Kita mewarisi perjuangan para nabi di dalam mengajak manusia ke arah makruf dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Kita tidak mewarisi perjuangan demokrasi dari Eropah, Inggeris dan Perancis. Sekalipun zaman nubuwwah telah berakhir dengan pengutusan nabi Muhammad SAW, namun tugas untuk meneruskan usaha dakwah ini masih belum tamat dan tidak akan tamat selama-lamanya. Di dalam hal ini, para nabi yang akan menjadi contoh kita. Bukan mana-mana ahli falsafah. Kita tidak ke Barat dan tidak ke Timur mengikuti arus, apa yang kita pegang hanyalah Islam.

Inilah yang telah ditegaskan oleh pimpinan kita yang terdahulu. Saya ingin menukilkan tulisan Almarhum Doktor Burhanuddin Helmi di dalam majalah Suara Islam bilangan 1 tahun ke-2 yang dikeluarkan pada Disember 1957, beliau menulis, “Tiap-tiap perjuangan mesti ada cita-cita atau ideologi, dan cita-cita itu didasarkan atas tujuan yang benar-benar teguh dan adil, ideologi adalah nyawa kepada pertubuhan..”

Sesungguhnya, ideologi PAS ialah Islam. Tanpa Islam, PAS umpama jasad tanpa nyawa. Justeru, saya sekali lagi ingin mengingatkan bahawa perjuangan kita bukan bermula pada hari ini, ia merupakan perjuangan yang dimulakan oleh para anbiya’ yang terdahulu. Kita hanyalah mata rantai di dalam perjuangan ini, kita mempusakainya dari generasi yang terdahulu, dan kita menyambung mata rantai itu serta akan mewariskannya pula kepada generasi yang terkemudian.

Belajar dari sejarah

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

PAS memilih untuk berjuang melalui medan siasah iaitu medan yang ditutup rapat pada zaman penjajah. Itulah penjajah Inggeris di Tanah Melayu, Belanda di Indonesia, Inggeris dan Perancis di Timur Tengah. Siasah PAS adalah politik-dakwah. Maka, kita bergerak sebagai parti politik dan kita berdakwah (berkempen) ketika bertanding dalam pilihan raya dan selepasnya demi mencapai cita-cita untuk mempersembahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat. Dalam perjuangan inilah, PAS telah melalui sejarah panjang yang dipenuhi dengan peristiwa jatuh bangun di dalam arena politik-dakwah.

Kesemua pengalaman pahit manis ini merupakan khazanah PAS yang berharga di dalam mendepani cabaran pada masa akan datang. Dalam menyertai pilihan raya, PAS pernah bersendirian meraih sokongan rakyat. Hasilnya, PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu di dalam pilihan raya umum pada tahun 1959. Sekalipun berdepan dengan parti gabungan Perikatan pada masa itu, namun kita berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu dengan baik. Sejarah juga mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973. PAS pada masa itu dengan hati yang ikhlas menyambut huluran tangan perpaduan dengan harapan berlaku kebaikan berpanjangan. Rupanya Barisan Nasional adalah perangkap bagi PAS.

Kita menyertai Barisan Nasional demi perpaduan, namun kesannya amat parah kepada PAS khususnya di Kelantan, PAS sendiri telah berpecah empat – selain PAS, munculnya Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Ia ditambah lagi dengan peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978.

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Inilah sejarah jatuh bangun PAS di dalam politik negara. Saya rakamkan semula di sini bukan untuk mengungkit luka lama agar berdarah kembali, jauh sekali mahu melemparkan bara dendam untuk dimarakkan, tetapi untuk menjadi pengajaran kepada kita semua di dalam menongkah perjuangan. Ingin saya peringatkan, lembaran sejarah mencatit UMNO dan Barisan Nasional ialah rakan yang tidak setia, tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melipat senjata.

Selepas ditendang keluar dari Barisan Nasional, PAS bersendirian, kembali dagang mengatur tapak membina kekuatan seperti dagangnya Nabi Muhammad SAW sekembalinya dari Thoif dengan kakinya yang mulia berlumuran darah sambil merayu kepada Allah SWT dengan doanya yang masyhur. Berkat kegigihan, kita bengah dengan semaraknya Kepimpinan Ulama disokong oleh penggerak tarbiyah parti yang terus memperkasa Kepimpinan Ulama.

Landasan tarbiyah turut sama mengukuhkan kepimpinan Pemuda dan Muslimat. Berkatnya Kepimpinan Ulama telah mendapat sokongan semakin ketara, sehingga mampu mengatur perancangan politik-dakwah mendepani segala cabaran. Antaranya, persepakatan dengan Semangat 46 membolehkan PAS menguasai Kelantan semula pada tahun 1990, persefahaman dan penyertaan PAS dalam Barisan Alternatif menghadiahkan kemenangan di Terengganu pada tahun 1999 dan akhirnya melalui percaturan satu lawan satu di dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, ian telah mencatit sejarah di mana kita berjaya menafikan majoriti dua pertiga (2/3) Barisan Nasional di parlimen.

Menghadapi pilihanraya umum ke-13

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Hasilnya, berlaku hubungan politik PAS~PKR~DAP semakin kukuh. Ia membawa lahirnya Pakatan Rakyat sebagai alternatif baru untuk rakyat Malaysia menggantikan Barisan Nasional. Maka saya melihat kehadiran DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat ini semacam satu kifarah Allah SWT kepada kita semua pejuang PAS. Ini kerana setelah beberapa lama alim ulama kita termasuk tok-tok guru di pondok-pondok tidak melaksanakan tugas dakwah menyebarkan Islam kepada kumpulan non Muslim (Cina, India, Siam atau orang Asli) menyebabkan sebaran dakwah baik di pondok atau di sekolah-sekolah Arab hanya berkisar di kalangan sesama Islam sahaja. Melayu ajar melayu sahaja. Maka secara politiknya kita berpakat, namun pakatan itu hendaklah bersama tugas dakwah. Sekarang rakain kita adalah mad’u kita.

Strategi sebegini amat penting kerana nilai perjuangan suci kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat, lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang menimbulkan pelbagai kekalutan kepada rakyat dan negara. Berlaku semakin serius gejala maksiat, buang bayi, pembunuhan, rompakan, rasuah, kemelesetan dan sebagainya.

Atas alasan inilah, kita mahu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum nanti. Pilihanraya tidak berlaku 4 atau 5 tahun sekali. Bagi orang yang beragama, pilihanraya berlaku setiap saat antara nafsu ammarah, lawwamah dan mutmainnah. Kita mahu eratkan hubungan dengan DAP dan PKR dan kita mahu rakyat memberikan mandat kepada kita. Justeru itu, kita hendaklah berani menawarkan alternatif ini dan sedia berikrar kepada semua rakyat termasuk Cina, India, Siam dan seumpamanya bahawa kita akan membuang semua unsur-unsur kerosakan yang ada di dalam kerajaan UMNO pada hari ini dan menggantikannya dengan amalan pentadbiran bersifat good governence iaitu berintergeriti, adil, bermoral, cekap, telus dan bertanggungjawab. Kerana memang begitu ajaran Islam, itulah kelebihan kita bergerak di atas landasan Islam. Ia turun daripada Allah bukan diseludup masuk daripada Eropah.

Kita yakin dengan tawaran ini, misi kita bersama-sama Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-13, bakal membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memenuhi aspirasi semua lapisan rakyat. Kerana tidak asatu pun ajaran Islam yang boleh memudaratkan manusia tanpa mengira bangsa. Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak parti dapat menterjemah sebaik mungkin apa-apa langkah dan usaha atau strategi yang berkesan ke arah memastikan realiti PAS adalah sebenar-benar memimpin perubahan menghadapi pilihanraya umum ke13 nanti.

Perjalanan kita masih panjang, noktah perjuangan kita masih jauh. Namun, tanda-tanda kemenangan sudah kelihatan. Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya harapan ada untuk menyaksikan kemarau akan berakhir. Lantaran itu, ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa masa depan ialah bersama Pakatan Rakyat di dalam membina Malaysia yang baru. Memahami realiti semua, maka PAS mestilah bersedia menunjukkan kehebatan dan kehebatan PAS itu adalah sentiasa berpegang kepada prinsip tidak mengasingkan agama dan politik, mempertahankan al-Quran dan Sunnah Nabi serta sentiasa berusaha ke arah penyatuan umat. Dr Yusuf al-Qaradawi selalu menggunakan istilah asolah al-Islam wa hadathah al-siyasah.

Fokus menawan pengundi Melayu

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Pilihan raya umum yang ke-12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu. Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu.

Saya suka mengingatkan agar memerhati perkembangan ini dengan serius. PAS sebagai alternatif kepada UMNO perlu bergerak dengan lebih cergas di dalam meraih sokongan pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang-orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan ‘Ketuanan Melayu’ yang merupakan dongengan pemimpin UMNO. Orang orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin UMNO itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri. Projek-projek pembangunan daripada Pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup.

Justeru, demi memastikan orang-orang Melayu turut bersama kita di dalam pelayaran bahtera perubahan ini, PAS perlu bergerak dengan lebih efektif agar dterima rakyat. Jika ditanya Kelantan apakah formulanya, saya suka menjawab bahawa formulanya ialah mendidik jiwa rakyat dengan agama, suburkan sanubari mereka dengan taqwa kepada Allah agar hati mereka tidak mati, tidak keras untuk menerima siraman hujan kebenaran. Usaha ini dilakukan setiap masa, bukan 5 tahun sekali tatkala menjelang pilihan raya. Bahkan perlulah sentiasa memilih antara laluan fujuraha (maksiat) dan laluan taqwaha (ketaqwaan). Inilah beza antara jemaah Islam dan sekular.

Pada sudut inilah, saya meletak harapan besar kepada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat agar meletakkan keutamaan menguasai sasaran lebih besar pengundi Muslim Melayu. Semoga dengan jumlah 110 kerusi parlimen yang majoritinya muslim, akan berlaku suatu pendekatan terbaik bagi menjamin kemenangan Islam setidak-tidaknya kesemua kerusi yang PAS bertanding. Apa yang penting sampaikan seruan perjuangan Islam keppada semua lapisan masyarakat. Insya Allah, bila memahami Islam, mereka tidak bermusuh dengan PAS, sebaliknya akan menolak UMNO yang sekular itu. Jelaskan bahawa seruan ketuanan Melayu tetap menimbulkan rasa dendam, cemas yang berpanjangan. Kiranya golongan dendam ini berkuasa di satu masa, maka rasa dendamlah yang akan dilaksanakan. Moga dijauhi Allah.

Fokus mempamerkan Islam kepada golongan Nonmuslim

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Selain itu, saya amat berharap benar agar kita meningkatkan usaha untuk memperkenalkan Islam kepada saudara kita golongan Nonmuslim. Sudah sampai masanya untuk kita lebih serius mewajahkan semula Islam yang telah disolek dengan buruk oleh UMNO. Masyarakat Malaysia perlu disedarkan bahawa Islam bukan milik bangsa Melayu. Bahkan sejarah menyebut kaum Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam sebelum bangsa Melayu sendiri di benua masing-masing sebelum bangsa Melayu sendiri menerima Islam kira-kira 500 ratus tahun dahulu.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah di atas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (ringkasnya Dewan Penyokong PAS). Dewan Penyokong ini adalah pemimpin dan ahlinya terdiri daripada rakan-rakan kita Nonmuslim yang sedia berjuang bersama kita. Ini merupakan satu langkah ke hadapan yang telah diambil ke arah mendekatkan perjuangan PAS kepada golongan bukan Islam (Nonmuslim).

Alhamdulillah, saya melihat fobia terhadap PAS sudah terhapus di kalangan orang-orang bukan Islam. PAS sebelum ini dijadikan sebagai hantu oleh UMNO untuk menakutkan Nonmuslim. Hantu itu sudah tidak wujud lagi, bahkan jika ia wujud juga, maka UMNO-lah hantunya. Tinggalkanlah UMNO dengan labu-labu kebangsaannya. PAS perlu terus melihat ke hadapan mengorak langkah memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lurus. Saya optimis, jika masyarakat Nonmuslim berjaya memahami Islam yang sebenar, InsyaAllah pisau-pisau perkauman yang sekarang galak diasah oleh Barisan Nasional akan tumpul dengan sendiri dan akan memakan tuannya.

Sepakat Putrajaya (Consociational)

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Bertolak daripada gagasan menghadapi pilihanraya umum ke-13, ke arah menjadikan PAS sebagai peneraju politik negara, maka PAS hendaklah menguasai politik Melayu Muslim dan sekaligus mendapat kepercayaan pengundi bukan Melayu- Non Muslim. Melihat kepada sambutan rakyat sejak pilihan raya umum 2008 dan sebelas (11) pilihan raya kecil, dapat dikatakan bahawa telah berlaku tsunami politik kalangan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina. Terbaru, atas nama Pakatan Rakyat kita berjaya merampas parlimen Sibu dari Barisan Nasional. Ia adalah bukti peningkatan keyakinan rakyat terhadap pendekatan politik baru Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional.

Justeru, kita yakin mood rakyat sekarang adalah bersama Pakatan Rakyat. Rakyat sudah jemu dengan pendekatan politik kebendaan ‘beli undi’ dan sekular Barisan Nasional. Atas prinsip politik Pakatan Rakyat yang mula diterima ini, maka PAS hendaklah bersama dengan mood rakyat. Dengan ini, suka saya mencadangkan agar kesemua peringkat parti, khusus Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang bermuktamar kali ini dapat membincang dan merumuskan pendekatan politik-dakwah secara khusus atas cita-cita mengisi tema ‘Sepakat Putrajaya’ persis Fathu Makkah pada zaman Rasulullah SAW. Ia bermaksud, suatu laluan Putrajaya sudah dirintis, terbuka dan rakyat sedia mengiringinya. Maka, pemimpin pasti sedar, dan tunggu apa lagi?

Berkerjalah kita. Persoalannya, sejauh mana PAS sebagai parti untuk menguruskan bahtera perjuangan membuat persediaan. Seruan saya, mantapkan tindakan ke arah mengisi ‘Sepakat Putrajaya.’ Maka, laksanakanlah perintah Allah, sebagaimana firman-Nya: Yang bermaksud: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu... (Al-Anfal: 60)

Sebagai menyahut seruan Sepakat Putrajaya ini, maka Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat hendakklah membina pelan strategik pilihanraya ke-13 sebagai panduan bagi memastikan segala usaha dewan-dewan adalah menyokong gagasan PAS memimpin perubahan tatkala pilihanraya umum akan datang.

Amanah kepada Dewan-Dewan

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Jika demikian besarnya urusan parti, maka setiap dewan ada amanah yang perlu dilaksanakan. Terawalnya kepada Dewan Ulama, saya menaruh kepercayaan untuk berperanan sebagai pemantau dan penasihat yang berkesan. Alhamdulillah golongan ulama telah lama turun padang berkhutbah, berceramah, naik rumah turun rumah sebagaimana Rasulullah SAW masuk khemah keluar khemah di Padang Mina dahulu.

Ulama perlu yakin bahawa mereka merupakan kiblat kepada perjuangan. Mana yang salah mereka perbetulkan, mana yang rebah mereka bangunkan, mana yang bengkok mereka luruskan. Jika ulama sendiri salah, rebah dan bengkok maka malanglah perjuangan ini. Al-Imam al-Ghazali rahimahullah di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (jilid pertama) menyebut: Yang bermaksud : Ulama ialah garam Allah di bumiNya.

Daging dan ikan dapat diselamatkan daripada berbau busuk dan rosak setelah diserapkan dengan garam. Apa kata jika garam itu sendiri tidak masin? Sudah tentu tidak ada lagi yang dapat menghalang daging itu busuk.

Berbezanya kita dengan UMNO ialah kita meletakkan ulama sebagai institusi yang dihormati, UMNO pula meletakkan ulama sebagai alat meraih sokongan. Selain itu, saya mencadangkan agar Dewan Ulama gigih berusaha membenttuk pelapis yang terdiri daripada ulama muda. Latihlah generasi pelapis yang boleh memandu perjalanan parti dengan ilmu yang mereka ada. Lihatlah contoh terbaik yaang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang mengamanahkan kepada Usamah bin Zaid sebagai panglima pada saat-saat akhir usia baginda.

Selain itu, sebarkanlah keyakinan kepada masyarakat bahawa hidup ini tidak hanya tamat setakat di dunia sahaja, tetapi akan dinilai semua amalan di akhirat kelak. Jika masyarakat dapat diyakinkan dengan aqidah ini, saya yakin peruangan PAS secara automatik akan diterima kerana inilah tujuan sebenarnya PAS bergerak.

Di samping itu, para ulama boleh mempelopori langkah mempelajari bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia. Jika ulama dapat menguasai bahasa Mandarin dan bahasa Tamil contohnya, tentunya perjuangan PAS lebih mudah ditrima oleh rakyat Malaysia.

Kepada Dewan Pemuda, saya berpesan supaya sentiasalah menjadi pendokong kepada parti. Pemuda merupakan tonggak kekuatan gerak kerja parti. Bekalkanlah diri dengan wala’ dan thiqah kepada pimpinan dan luahkanlah teguran dengan cara yang baik dengan meraikan adab berjemaah. Sesungguhnya saya telah melalui perjalanan yang panjang lebih separuh abad di dalam PAS, saya benar-benar mmenyaksikan bagaimana rakan-rakan kita yang asalnya bersama dengan kita memilih untuk meninggalkan PAS hanya kerana terkilan dengan isu-isu peribadi yang tertentu. Oleh yang demikian, saya berharap pemuda hendaklah sentiasa memasak keyakinan bahawa perjuangan ini pasti akan diganjari oleh Allah SWT.

Akhirnya, kepada Dewan Muslimat, saya harap supaya terus istiqamah di dalam menjadi sayap penting parti. Firman Allah:

Yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. (At-taubah: 71)

Kerana itu, di samping lelaki (yakni Pemuda dan Ulama) peranan Muslimat akan mengukuhkan lagi jemaah. Maka pimpinan Muslimat perlu merancang langkah efektif untuk mendekati dan menguasai golongan pengundi wanita yang merupakan separuh daripada jumlah pengundi. Muslimat juga perlu lebih ke hadapan menampilkan sifat kepimpinan yang boleh dihormati. Mungkin tidak berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki, tetapi tetap berdiri teguh dalam menongkat perjuangan, menabur baja iman dan menyiram air taqwa. Jadikanlah tokoh-tokoh juang muslimah yang melakar sejarah terdahulu (seperti Siti Aisyah isteri Nabi dan Zainab al-Ghazali muslimat Ikhwan Muslimun) sebagai idola dan ikutan di dalam menongkah arus perjuangan.

Sebenarnya, pihak parti sedia melayani suara Muslimat dan ruang menyampaikan suara itu terbuka luas dalam parti. Justeru, pihak parti sendiri sentiasa terbuka dalam meningkatkan lagi penglibatan Muslimat. Saya sendiri sejak awal-awal pentadbiran PAS di Kelantan telah mengiktiraf Muslimat sebagai senator dan kemudian wakil rakyat serta melantik sebagai ahli Exco.

Tuntutan istiqamah

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Demikianlah amanah yang dapat saya sampaikan di dalam majlis ini. Saya berdoa agar kita semua dapat mengambil manfaat daripada apa yang telah saya sampaikan. Besarlah harapan saya, ia tetap memerlukan kepada tuntutan istiqamah kepimpinan dan ahli di dalam melayari bahtera perjuangan ini. Realitinya, kita telah menanam benihnya yang akan dinikmati hasilnya oleh generasi yang terkemudian.

Paling penting, ikhlaskanlah usaha kita kerana Allah. Atas keikhlasan itu, semoga amalan kita dihitung sebagai amal soleh yang bakal mendapat balasan syurga. Firman Allah:

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. (An-Nisak: 124)

Semoga setiap usaha yang kita lakukan kesemuanya dikira amalan yang baik dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Dengan ini saya merasmikan Muktamar bagi ketiga-tiga Dewan – Ulama, Pemuda dan Muslimat. Semoga Muktamar kali ini berjalan dengan keberkatan Allah SWT.



- impian anganku...

bismilahirrahmanirrahim..

Aku bingung.Buntu memikirkan nasib masa hadapanku.Apa yang aku lakukan hari ini bakal menatijahkan sesuatu dalam hidupku.Alhamdulillah,imtihan yang dilalui fasa ni makin hampir ke penghujung.Insya allah aku akan lalui ujian berbentuk syafawi pada akhir bulan nanti.Namun sejauh mana persediaan aku?Bersediakah aku atau masih lagi berseronok dengan laman sosial?Allahu rabbi..tetapkan imanku.Adik bermonolog.

Imtihan.

Imtihan dilalui tanpa persediaan yang secukupnya.Tapi sudah berusaha sebaik mungkin.Moga Allah menatihkan dengan keputusan yang terbaik.Masa ni baru terasa balik akan kepentingan ilmu.(sudah terhantuk baru nak tergadah.) Ilmu yang dituntut bukan sekadar untuk sijil. Bahkan untuk diamalkan dalan kehidupan. Moga diberkati segala ilmu. Dan memberi manfaat untuk seluruh alam.Ameen.

Blog.

Lama sudah tidak menulis.Masa begitu terbatas. Semacam seisi dunia ini kekalutan. Masing-masing mencari arah tuju.(bukan nak meluah rasa..).Pelbagai maklumat boleh diperoleh dengan satu klik.Ditambah dengan timbulnya pebagai isu yang tak kurang hebatnya. Usai selesai imtihan, terus menyibukkan diri dengan dunia internet.Mencari sesuatu yang tidak pasti.Moga Allah ketemukan.

Facebook.

Satu-satunya laman sosial yang mendapat tempat dihati manusia kini tanpa mengira usia.Aduh, lekanya berfacebook. Semacam ada jarum yang sentiasa memberi suntikan untuk terus melayan. Ramai sudah yang bertanya, apa pendapat enta tentang facebook.(tolong jawab..).hanya mampu menjawab, tidak mengapa andai sekadar sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawan lama.Sedangkan dalam masa yang sama banyak sudah penulisan tentang pengharaman facebook.Dalam erti kata lain, boikot facebook.INSYA ALLAH..!!

Menulis.

Dalam semenjak dua ni hati teruja untuk menulis. Menulis sesuatu yang memanfaatkan diri dan juga orang lain. Nak belajar berpuisi.mengarang cerpen, novel dan sebagainya.Berbakatkah aku?Kan kucuba. Nak kena belajar banyak benda lagi dan yang penting mesti pandai bahagi waktu.Insya allah.

Rancangan.

Pernah terpasang impian untuk menghabiskan hafazan Al-Quran sebelum pulang ke tanah air kelak.Moga semangat ini sentiasa kental tak pernah luntur.(ade orang bagi semangat ker??)Untu masa terdekat ni nak fokuska dulu pada hafazan.Nak mengarang sambil2.(nak jadi penulis gak..)Akaun facebook akan ditutup dalam masa terdekat.(Tak dapat nak lawan israel laknatullah,sekurang2nya dapat boikot facebook).Insya allah.

p/s : Tugas sebagai penuntut ilmu masih belum selesai. Moga pemahaman tentang Fiqh Aulawiyat dapat dihadami.

Rabu, Jun 2

- ISLAM bagai telur dihujung tanduk??

Bismillahirrahmanirrahim.

Andai benar bagai dikata,benarkah ISLAM kini diambang kejatuhan??Wal 'iyazubillah !!Selagi nama ALLAH masih boleh didengari, selagi itu pejuang agama ALLAH tetap ada untuk mempertahankan syiar AD-DEEN yang tercinta.Selaras sebagai mata rantai yang diamanahkan untuk menyambung perjuangan rasulullah,aliran perjuangan itu takkan terhenti sebelum tiba saat yang dijanjikan tuhan.Maknanya akan sentiasa ada orang yang akan mempertahankan agama Allah. Namun dimana kita??

Mungkin realiti menyebelahi kita. Kita masih boleh melepaskan batuk ditangga ketika mana saudara2 mara kita yang lain sedang bersabung nyawa. Dunia hari ini menyaksikan terlalu banyak jiwa terkorban kerana mempertahankan agama. Banyak juga jiwa yang masih leka dek kerana keselesaan hidup.

"ah, biarkan orang mereka sendiri yang memperjuangkan nasib bangsa mereka,lagipun kita bukanlah senegara. Masih ramai orang-orang di luar sana yang lebih aula untuk mempertahankan negara mereka andai diserang.Baik jaga tepi kain sendiri.."

Isu kini yang begitu menyentuh jiwa dan perasaan. Maruah ISLAM secara tidak langsung dirobek.Dihina tanpa kita sedari. Dilalaikan musuh sehingga tidak terdetik langsung sensitiviti dalam sanubari. Dimana kita letakkan ISLAM saat hukum Allah dipermainkan?disaat maruah umat ISLAM diceroboh?Kita tetap masih leka dengan duniawi. Bukan mengajak mengejar ukhrawi semata-mata, bahkan duniawi sendiri sebagai medan untuk menjamin tempat kita di akhirat kelak.

Berbalik pada isu ISLAM dan Palestin, kita mungkin mampu melahirkan rasa benci dengan memboikot barangan buatan ISRAEL, ataupun meluahkan rasa marah di laman sosial, blog dan sebagainya. Namun sejauh mana tindakan kita itu dapat menjamin maruah ISLAM tidak lagi dirobek?ISRAEL akan takut dengan tindakan kita? mereka akan menyesal dengan suara-suara kita?mereka akan undurkan tentera?mereka akan lari ketakutan?cehh..

Mereka kini sudah boleh bertepuk tangan. Bahkan tertawa melihat tindakan kita.Yes, itu mungkin salah satu tindakan kita kerana tidak mampu mengangkat senjata. Mungkin kita akan berperang dengan mereka jika tanah air kita sendiri yang diserang. Mungkin kita sendiri yang akan melawan mereka. Mungkin jiwa kita yang bersemangat tika itu.Mungkin juga kita yang bakal syahid.Mungkin..mungkin..mungkin..sehingga segala kemungkinan.

Apa yang perlu dilakukan?

Tidak perlu bercita-cita untuk turut serta mereka menentang musuh. Roh ISLAM perlu dialirkan ke dalam setiap jiwa-jiwa kita. Seluruh penghidupan kita perlu berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Tingkatkan kekuatan aqidah kita dengan nilai-nilai tauhid yang telah diajar oleh ulama kita. Bersama menghayati ISLAM dalam setiap langkah kehidupan. Sentiasa koreksi diri dengan mengimbau kembali sejarah perjuangan rasulullah dan para sahabat. ISLAM tidak mudah tertegak tanpa pengorbanan.

Adakah kita perlu berkorban?

Korban jiwa?(takkan nak pergi berperang kot..)

Dah tu, apa yang perlu kita korbankan?

Sama-sama kita fikirkan.

Kita sudah kesuntukan waktu.Sekarang bukan masa untuk bersenang lenang dengan keselesaan hidup. Dunia kita makin ke penghujung. Jangan berlengah lagi. Cepat bertindak dengan mendidik diri kita dengan roh ISLAM.Didik anak-anak kita supaya fahami tentang ISLAM.Fahami tentang perjuangan NABI. Dan yang lebih penting, fahami diri kita dengan amanah yang telah ALLAH pundakkan ke bahu-bahu kita.

ALLAHU RABBI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...