home



Sabtu, Jun 12

- 1 rejab

bismillahirrahmanirrahim.

Mafhum sabda Nabi S.A.W :

" Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan
kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.."


Sabdanya lagi :

" Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku &
bulan Ramadhan bulan umatku.."



Pastinya ramai yang tidak mengambil peduli akan kelebihan pada hari-hari yang telah disebutkan para ulama' khususnya di bulan rejab. Bukanlah dikatakan mulianya Rejab itu sehingga memaksa kita untuk beribadat hany pada bulan tersebut. Bahkan bulan rejab itu sepatutnya menjadi pemangkin untuk kita terus meningkatkan amal dalam kehidupan seharian di bulan-bulan berikutnya.

Sana sini orang mempertikaikan kesahihan hadith yang berkaitan kelebihan beramal di bulan rejab. Mengapa sampai terpaksa bertikam lidah?tu tak lain hanya nak menunjuk pandai. Diberitakan akan kelebihan itu moga kita lebih bersemangat untuk tingkatkan amalan. Bukan dengan hanya mengejar fadhilat semata-mata.

Antara peristiwa penting yang berlaku ialah peristiwa ISRA' & MI'RAJ dan perang TABUK. Ibrah di sebalik kisah yang berlaku di bulan Rejab wajar kita hayati.Lihat ketika mana baginda di ISRA'kan dari kota Mekah ke Baitul Maqdis..lalu di MI'RAJkan ke Sidratul Muntaha bagi menghadap Allah S.W.T. Semua ini berlaku dalam jangka masa yang bukan panjang bahkan peristiwa ini dianggap suatu yang aneh dan mustahil berlaku pada manusia biasa.

Perkara-perkara aneh yang berlaku pada Nabi Muhammad S.A.W bukanlah mustahil bagi Allah. Buat menguji sejauh mana Iman seseorang mukmin yang yakin akan kebesaran Tuhan Yang Maha Kuasa. Bahkan ramai penduduk Mekah yang hilang kepercayaan kepada baginda tatkala dikhabarkan berita itu kepada mereka. Goyah Iman mereka yang baru nak bercambah di samping baginda Nabi terus di herdik dan dicaci.

Bagaimana perjuangan yang dilalui oleh baginda dan para sahabat?Semua jalan yang dilalui demi melihat ISLAM tertegak bukanlah mudah. Namun itu bukan alasan untuk kita lari dari amanah yang terpundak dibahu-bahu kita selaku pejuang agama Allah S.W.T.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberi kesempatan untuk kita terus beribadat disamping mengejar redhaNya. Moga kelebihan yang terdapat pada hari-hari di bulan Rejab ini dapat kita hayati sekaligus tidak lupa mengerjakan amalan-amalan yang sememangnya wajib kita lakukan selaku hambaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...