home



Rabu, Jun 2

- ISLAM bagai telur dihujung tanduk??

Bismillahirrahmanirrahim.

Andai benar bagai dikata,benarkah ISLAM kini diambang kejatuhan??Wal 'iyazubillah !!Selagi nama ALLAH masih boleh didengari, selagi itu pejuang agama ALLAH tetap ada untuk mempertahankan syiar AD-DEEN yang tercinta.Selaras sebagai mata rantai yang diamanahkan untuk menyambung perjuangan rasulullah,aliran perjuangan itu takkan terhenti sebelum tiba saat yang dijanjikan tuhan.Maknanya akan sentiasa ada orang yang akan mempertahankan agama Allah. Namun dimana kita??

Mungkin realiti menyebelahi kita. Kita masih boleh melepaskan batuk ditangga ketika mana saudara2 mara kita yang lain sedang bersabung nyawa. Dunia hari ini menyaksikan terlalu banyak jiwa terkorban kerana mempertahankan agama. Banyak juga jiwa yang masih leka dek kerana keselesaan hidup.

"ah, biarkan orang mereka sendiri yang memperjuangkan nasib bangsa mereka,lagipun kita bukanlah senegara. Masih ramai orang-orang di luar sana yang lebih aula untuk mempertahankan negara mereka andai diserang.Baik jaga tepi kain sendiri.."

Isu kini yang begitu menyentuh jiwa dan perasaan. Maruah ISLAM secara tidak langsung dirobek.Dihina tanpa kita sedari. Dilalaikan musuh sehingga tidak terdetik langsung sensitiviti dalam sanubari. Dimana kita letakkan ISLAM saat hukum Allah dipermainkan?disaat maruah umat ISLAM diceroboh?Kita tetap masih leka dengan duniawi. Bukan mengajak mengejar ukhrawi semata-mata, bahkan duniawi sendiri sebagai medan untuk menjamin tempat kita di akhirat kelak.

Berbalik pada isu ISLAM dan Palestin, kita mungkin mampu melahirkan rasa benci dengan memboikot barangan buatan ISRAEL, ataupun meluahkan rasa marah di laman sosial, blog dan sebagainya. Namun sejauh mana tindakan kita itu dapat menjamin maruah ISLAM tidak lagi dirobek?ISRAEL akan takut dengan tindakan kita? mereka akan menyesal dengan suara-suara kita?mereka akan undurkan tentera?mereka akan lari ketakutan?cehh..

Mereka kini sudah boleh bertepuk tangan. Bahkan tertawa melihat tindakan kita.Yes, itu mungkin salah satu tindakan kita kerana tidak mampu mengangkat senjata. Mungkin kita akan berperang dengan mereka jika tanah air kita sendiri yang diserang. Mungkin kita sendiri yang akan melawan mereka. Mungkin jiwa kita yang bersemangat tika itu.Mungkin juga kita yang bakal syahid.Mungkin..mungkin..mungkin..sehingga segala kemungkinan.

Apa yang perlu dilakukan?

Tidak perlu bercita-cita untuk turut serta mereka menentang musuh. Roh ISLAM perlu dialirkan ke dalam setiap jiwa-jiwa kita. Seluruh penghidupan kita perlu berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Tingkatkan kekuatan aqidah kita dengan nilai-nilai tauhid yang telah diajar oleh ulama kita. Bersama menghayati ISLAM dalam setiap langkah kehidupan. Sentiasa koreksi diri dengan mengimbau kembali sejarah perjuangan rasulullah dan para sahabat. ISLAM tidak mudah tertegak tanpa pengorbanan.

Adakah kita perlu berkorban?

Korban jiwa?(takkan nak pergi berperang kot..)

Dah tu, apa yang perlu kita korbankan?

Sama-sama kita fikirkan.

Kita sudah kesuntukan waktu.Sekarang bukan masa untuk bersenang lenang dengan keselesaan hidup. Dunia kita makin ke penghujung. Jangan berlengah lagi. Cepat bertindak dengan mendidik diri kita dengan roh ISLAM.Didik anak-anak kita supaya fahami tentang ISLAM.Fahami tentang perjuangan NABI. Dan yang lebih penting, fahami diri kita dengan amanah yang telah ALLAH pundakkan ke bahu-bahu kita.

ALLAHU RABBI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...