home



Jumaat, Mac 26

-semangat yang hilang

bismillahirrahmanirrahim...

Cepat masa berlalu.Hampir seminggu jariku berehat meniti butir huruf pada keyboard.Blog yang sebelumnya mengalami masalah lantaran lama tidak dikemaskini."Tulislah Wan!copy paste pun tidak mengapa.Susah nanti kalau sawang dah banyak.Sampaikanlah ilmu yang ada! kata sahabatku Faizal.Aku termangu sendirian.

Sememangnya kesibukan aku membatasi masa lapangku.Pengerahan idea memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga.Serabut yang melanda jiwa pasti mengecamukkan fikiran.Ya,aku sibuk dengan tugasan.Namun tidak seharusnya ia dijadikan alasan untuk tidak menulis.Pendek kata,kerja jadi mudah jika pandai bahagi masa.

Esok aku perlu ke Kaherah untuk menjalani latihan kepimpinan.Kemantapan jiwa seorang da'ie sememangnya perlu diasah dari masa kesemasa.Semuanya ini tidak lain merupakan sebagai bekalan buat pulang ke Malaysia kelak.Ciri-ciri seorang da'ie perlu dilengkapi pada diri sebelum turun bersama masyarakat.Mereka yang dahagakan nikmat Islam perlu kita sebagai da'ie dekati.Jadi,rugilah mereka yang tidak berpeluang menuntut ilmu berorganisasi khususnya.Aku beruntung.

Semangat aku untuk menulis kembali hadir.Nyata aku bersemangat memerah akal."Ah,hanya hangat-hangat tahi ayam!"benakku sendirian.Aku akan terus mencuba.Doakan daku.

Jom menulis.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...