home



Rabu, Julai 28

- semangat yang hilang

Assalamualaikum buat sahabat2..dan salam perjuangan..

Dunia hari ini menyaksikan gelombang kebangkitan mahasiswa makin bergelora.Mahasiswa kini tidak seperti dahulu yang mudah diperkotak katikkan.Tidak hanya di tanah air bahkan di seluruh pelusuk dunia yang menempatkan mahasiswa kita.Kalau dahulunya mahasiswa kita ramai yang tidur.Mungkin tidak ada oarang nak tolong kejut.Ataupun tidur nyenyak dek kekenyangan dengan keselesaan dan nikmat yang dikecapi.Merasa sunguh selesa dengan apa yang ada.Tapi tidak mahasiswa kini.Pemberontak.

Mahasiswa adalah bakal pimpinan di masa hadapan. Punya fikiran yang waras serta berfikiran realistik. Juga punyai semangat dan keazaman yang kental dalam memartabatkan dunia mahasiswa. Tidak mahu di pandang rendah.Bukan dalam erti kata tunjuk ego bahkan nak menunjukkan bahawa mahasiswa bukan seperti lembu yang mudah dicucuk hidung.Di tarik sana sini.Juga bukan seperti lalang yang sentiasa bergerak mengikut rentak angin.Lurus bendul.

Mahasiswa punya kredibiliti. Ada maruah. Juga punya hak yang tidak boleh dinafikan sesiapa. Suara mahasiswa mampu membentuk sesebuah negara.Juga punyai ‘power’ dan kedudukan dalam masyarakat. Golongan awam pun sudah tidak seperti dulu. Masing-masing terkesan dengan dunia intelek yang dipelopori mahasiswa sendiri.Semuanya sudah boleh berfikir secara waras.Mampu menilai mana kaca dan intan.Antara hak dan batil.Yang benar dan salah.

Sana sini kedengaran suara mahasiswa. Media massa turut tidak ketinggalan dalam memaparkan isu yang melibatkan mahasiswa.Banyak siri program yang memerlukan keterlibatan mahasiswa. Mahasiswa diperlukan di setiap bidang. Di setiap kawasan. Disetiap lapisan masyarakat. Hatta kalau boleh biarlah tangan mahasiswa yang menghayunkan bayi di buaian. Sehingga untuk mentalkinkan jenazah pun memerlukan keterlibatan mahasiswa. Dalam erti kata lain,dunia kini memerlukan mahasiswa. Namun apakah peranan kita?

Mahasiswa kini tidak boleh untuk terus berada di takuk yang lama. Perlu bangkit merubah arus dunia sekarang berdasarkan wahyu.Teladan yang terdapat pada batang tubuh idola agung harus diambil. Dunia kini semakin jauh dari landasan syariat kerana menurut arus modenisasi. Mudah terpengaruh dengan budaya buruk yang di bawa penjajah. Apatah lagi untuk mengamalkan syariat yang diturunkan Allah S.W.T.Justeru, mahasiswa adalah agen perubah. Sekaligus wajib memikul tugas dakwah yang terpundak di bahu mahasiswa selaku pewaris Nabi S.A.W.

“ Ulama adalah pewaris Nabi..”

Bangkitlah wahai kalian!! Mayarakat kini memerlukan kita selaku mahasiswa. Kita harus rasa terpanggil untuk menyambung risalah dakwah. Syariat wajib ditegakkan. Maruah Islam perlu dibela. Sekaligus hak2 kita selaku mahasiswa terpelihara.

Bar0kallahu lakum…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...