home



Khamis, Ogos 12

- ahlan ya ramadhan kareem

salam ramadhan buat sahabat2..

Sedar tak sedar sudah masuk hari kedua kita berpuasa.Bulan Ramadhan merupakan bulan yang baginda nabi sendiri isytihar akan kemuliannya berbanding bulan2 lain.baginda berdoa moga dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan dan doa baginda diaminkan oleh sahabat2 besar baginda.Pastinya disana ada suatu kelebihan yang patut kita selaku umat baginda merebut peluang yang ada.

Sememangnya Ramadhan merupakan satu madrasah yang dapat membentuk jati diri kita untuk menjadi hamba Allah yang benar2 bertaqwa.Pada bulan Ramadhan sendiri terdapat ibrah dan pengajaran yang banyak untuk kita ambil.Banyak sudah peristiwa2 besar serta kisah2 yang berlaku dalam bulan Ramadhan yang patut kita hayati.

Bermula dari penyucian diri dan jiwa kita, ujian puasa yang tidak hanya menahan lapar dan dahaga semata2 bahkan menahan diri kita dari melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t. Bagaiamana kisah siri peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan yang sangat menginsafi diri kita iaitu perang Badar.Keimanan dan jiwa yang kental serta taqwa kepada Allah sahaja yang dapat menjanjikan kemenangan yang bukan hanya di dunia bahkan hingga hari Akhirat.

Dalam kondisi kita sebagai mahasiswa selaku pendokong agama Allah, sejauh mana kita dapat menghayati Ramadhan bagi meletakkan diri kita dalam barisan yang disebutkan sebagai ansarullah dalam memartabatkan agama Allah di muka bumi.Pastinya banyak ujian yang perlu dihadapi kita selaku mahasiswa yang tidak hanya sekadar inginkan sijil bahkan penghayatan dan pengamalan kita terhadap ilmu yang dipelajari adalah yang terutama.Ilmu serta beramal dengan apa yang dipelajari merupakan dua konsep besar apabila dinisbahkan tentang perjuangan Islam.Siapakah lagi yang akan berjuang menegakkan kalimah Allah kalau bukan kita sendiri yang sememangnya telah terpundak atas bahu kita amanah yang ditinggalkan Rasulullah?Adakah kita hanya perlu menuntut ilmu semata2 tanpa menghayati bagaimana pengorbanan baginda dalam menyebarkan risalah dakwah?Adakah kita tahu bahawa Islam sampai ke hari ini adalah kerana jasa dan pengorbanan dari para pejuang Islam terdahulu?

Ternyata Allah telah menjanjikan syurga bagi orang2 bertaqwa yang disebutkan sebagai ulama'. Sesungguhnya golongan yang takutkan Allah (taqwa) dari kalangan hambaNya adalah ulama'.Ulama yang tidak hanya semata2 menuntut ilmu bahkan mewaqafkan dirinya ke jalan Allah.Mereka adalah golongan yang sentiasa menyeru perkara kemakrufan serta mencegah kemungkaran disamping berusaha meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.

Nah,Ramadhan merupakan sebuah madrasah yang benar2 dapat melahirkan golongan yang akan menegakkan kalimah Allah. Hanyasanya kita selaku mahasiswa khususnya perlu bijak menghayati tujuan kita diciptakan dan apakah tugas serta peranan kita.Selagi nyawa dikandung badan,rebutlah peluang yanga ada dengan sebaiknya sebelum ianya berlalu.

Ayuh,bagun segera dari lena dunia...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...