home



Selasa, Disember 7

- Masa untuk berubah..!!

Sepertinya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1432..(sudah masuk hari kedua pun..)Namun bahang 'HIJRAH' masih terasa di sanubari..

Keazaman demi melihat ISLAM terus tertegak di bumi Malaysia seharusnya semakin bertambah dan tidak luntur dek ujian dan mehnah yang sentiasa menghampiri. PengHIJRAHan Rasul dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah sayugianya dijadikan sebagai suatu batu loncatan dan pemangkin untuk kita terus lebih bersemangat meneruskan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah. Tribulasi yang dialami Rasulullah dan para sahabat dalam menegakkan Syiar Allah menjadi bukti bahawa Kemenangan di sisi Allah adalah suatu yang pasti dan ianya menuntut kita melakukan pengorbanan yang bukan sedikit.

Dunia hari ini menyaksikan Umat Islam kini kian parah. Kekuatan Umat Islam yang dahulunya mampu menguasai empayar Parsi dan Rom kini hanya mampu melihat maruah Islam dirobek. Islam yang dahulunya dapat dibanggakan dengan adanya pemuda-pemuda yang berani tampil kehadapan menegakkan kebenaran kini tinggal pemuda-pemuda yang makin merosakkan agama sendiri. Keizzahan Islam hanya tinggal sejarah.

Hendak tuding jari pada siapa keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa di tanah air..??
Keadaan ekonomi yang semakin gawat...??
Kemelut politik yang semakin keliru..??
Sistem perundangan yang ntah apa-apa...??
dan pelbagai aspek lagi...

Usah dikira sentimen kita dengan isu Palestina..usah dikira isu antarabangsa lainnya.. Hanya kita yang masih di takuk yang lama. Payahkah untuk berubah..?? Tidak faham lagikah kita dengan musibah yang telah Allah timpakan ke atas saudara-saudara kita sebelum ini?Banyak sudah peringatan demi peringatan yang Allah berikan untuk kita sedar bahawa Agama yang selayaknya tertegak di muka bumi adalah ISLAM.. Namun masih ada yang berani menafikan perkara tersebut dan ada yang mendakwa bahawa hukum Allah adalah lapuk. Bahkan sehingga ada yang berani mempersendakan hukum Allah.

Nah, di mana kekuatan kita sebenarnya? Adakah kita hanya mampu membisu seribu bahasa dan rasa takut ditekan jika bicara mengenai Islam? Jika begini, adakah kita layak untuk digelar sebagai pengikut Rasulullah? Adakah kita tidak malu untuk mengaku bahawa kitalah golongan pembantu agama Allah? Juga adakah kita tidak malu mendabik dada bahawa kitalah penerus warisan perjuangan Rasulullah?

Bangkitlah wahai pemuda-pemudi...!!
Sedarlah wahai penuntut-penuntut ilmu..!!
Bangunlah wahai Ansorullah..!!

Kita masih belum terlambat! Namun kita sudah tidak punya masa! Rasulullah sudah terlalu jauh meninggalkan kita..Hanya amanah baginda yang sentiasa terpundak di bahu. Kemenangan adalah suatu yang PASTI..! Tetapi jalan untuk menuju kemenangan itu masih terlalu panjang dan memungkinkan kita untuk syahid di jalan juang itu. Itulah matlamat kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...