home



Rabu, Disember 15

- jangan paksa dia..??

“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.


dijawab oleh pihak MANHAL PMRAM

-adikputeh:

Rentetan fatwa yang pernah dikeluarkan oleh 'ustazah' terkemuka tanah air berkaitan rukhsah dalam Islam. Hukum Allah tertolak bilamana bertembung dengan perkara dharurat? Makan babi, zina, mencuri, minum arak, melacur dan sebagainya menjadi boleh dalam keadaan dharurat? Istilah rukhsah dalam Islam bukan calang-calang perkara yang dikaji para ulama'. Perlunya penelitian dan pengkajian yang mendalam tanpa mengabaikan hukum Allah dan sememangnya segala hukum yang disepakati para ulama' tidak boleh bertentangan dengan hukum syara'.

Tak sudah-sudah mempermainkan hukum. Ringan sangat tuntutan Allah kepada hamba-hambaNya sehingga dianggap terlalu longgar dan masih boleh dipertikai. Tiada langsung rasa berdosa jika tidak mengikut lunas-lunas syara'. Begitu 'koman'(lapuk) hukum Allah sehingga tiada yang berani mempertahankannya jika ada sebahagian manusia yang semakin berani merobek maruah Islam. Mungkin sebab tiada direct bala yang diturunkan Allah jika manusia melakukan dosa berbanding umat terdahulu.

Isu tanah air berkaitan zina yang sememangnya takkan selesai jika hukum Allah masih tidak dijalankan. Hukum Allah yang sudah jelas dalam nak menjaga kebaikan hamba-hambaNya sendiri dan bukan dalam konteks nak menzalimi manusia. Apakah manusia kini khususnya Umat Islam sendiri masih tidak boleh berfikir dengan waras tentang agama yang menjamin kesejahteraan hidupnya dunia akhirat? Susah sangatkah menilai mana yang kaca dan mana permata?

Tak siapa mampu menafikan yang hidayah hanyalah dari Allah. Namun mengapa begitu gelap hati kita untuk terima petunjuk? Dunia kian berpenghujung. Ulama' kian pupus. Ilmu diangkat dengan matinya para ulama'. Nah, dimanakah hukum Allah jika alam ini ditadbir oleh pemerintah yang jahil? Dimana peranan kita sebagai khalifah sesuai dengan tujuan penciptaan manusia itu sendiri?

Allah menyamakan darjat semua manusia dari sudut penciptaan. Semua manuisa adalah sama dan asal kejadian manusia ialah tanah. Namun darjat manusia berubah dan berbeza dari sudut ketaqwaan kita kepada Allah. Kita adalah mulia jika tingginya taqwa kita kepada Allah sehinggakan mampu melebihi iman para Malaikat. Dan kita mungkin lebih hina dari haiwan ternakan jika kita tidak mampu menegakkan hukum Allah kendatipun dalam diri bahkan jika kita sendiri yang menganggap hukum Allah itu sudah tidak sesuai.

Berbalik pada isu asal. Dunia kini makin canggih. Sudah tidak kedapatan manusia mati akibat lapar (khususnya di Malaysia) bahkan mungkin ada yang mati akibat kekenyangan. Susah sangatkah nak mencari sesuap nasi tanpa melacurkan diri sehingga mencampakkan diri ke lembah hina? Apa tidak adakah peranan kerajaan atau pihak berwajib dalam menangani kemiskinan yang melanda rakyat? Sedikit sangatkah khazanah negara sehingga tak mampu nak beri sumbangan barang sedikit kepada golongan yang memerlukan?

Pelbagai alasan sanggup diberikan demi kerana tuntutan hawa nafsu. Alasan yang mungkin munasabah bagi kita tanpa kita sedari yang ianya mengundang dosa. Jangan kerana fahaman politik, sanggup kita gadaikan maruah agama sewndiri. Hukum Allah bukan milik mana-mana politik atau milik individu. Ianya milik Allah yang wajib kita tunaikan selaku hamba dalam kita redha atau tidak.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...