home



Rabu, Oktober 20

- bertaubatlah..!! tua dan sakit bukan syarat utk MATI...

Adakah sudah tiada lagi nilai-nilai keimanan dan kesucian Islam dalam jiwa para pemimpin negara kita pada hari ini? Di manakah suara mereka yang mengaku merekalah pejuang bangsa, agama dan tanah air? Adakah Islam telah menjadi satu barang mainan yang boleh dipermainkan begitu sahaja dan dibogelkan dihadapan khalayak manusia?

Ketika mereka menghebohkan tindakan sebuah kerajaan membahagikan wang ihsan yang kononnya 'datang' dari sumber judi, kelihatan dengan jelas bahawa ia adalah satu sandiwara dan lakonan semata-mata kerana para pemimpin atasan mereka sendiri telah mencemar dan merobek nama dan kesucian Islam dengan menganjurkan satu pertunjukan fesyen 'Islamik' dengan mempamerkan wanita-wanita yang membogelkan aurat mereka dan menulis nama "Muhammad di ruangan buah dada mereka!

Adakah di sana terdapat penghinaan yang lebih teruk selain penghinaan ini? Tentunya tidak! Hakikatnya, inilah versi penghinaan yang paling jijik dalam sejarah negara yang menjadikan agama 'Islam' sebagai agama rasmi! Inilah Islamic Fashion Festival (IFF) yang telah dianjurkan oleh isteri pemimpin pertama Malaysia!

Adakah mereka tidak tahu bahawa penghinaan terhadap Islam seperti ini boleh membatalkan syahadah mereka? Di manakah mufti-mufti, ustaz-ustaz muda mereka yang kononnya ingin berdakwah dalam parti seperti ini? Kenapakah tindakan 40 orang ulama ingin bermunajat di Mekah kerana rakyat dizalimi dibidas habis-habisan kononnya tidak sejajar dengan sunnah Nabi sedangkan tindakan jijik dan hina serta zalim seperti ini didiamkan seribu bahasa? Tidakkah kamu semua wahai 40 orang ustaz pernah membaca ayat Allah yang cukup menggetarkan hati:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman kenapah kamu menuturkan apa yang kamu tidak lakukannya? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kata-kata kamu yang tidak dikotakan!"

Cukuplah apa yang berlaku dalam negara! Sekiranya ada yang bertanya apakah penyebab kepada segala kegiatan tidak berperikemanusian yang berleluasa dalam negara maka nah inilah penyebabnya! Oleh itu wahai saudara/i sekalian, sudah menjadi kewajipan seluruh umat Islam yang cintakan Islam sama ada di negara mahupun dunia membantah tindakan zalim dan pengkhianatan ini. Sewajar umat Islam mengajar mereka yang kurang ajar atau biadap terhadap agama lebih-lebih lagi perkara ini dilakukan dalam negara umat Islam. Satu bantahan besar-besaran seluruh dunia perlu dilakukan sebagaimana yang telah kita semua lakukan terhadap negara Denmark yang menyiarkan karikatur yang menghina Rasulullah dan laman sosial Facebook yang membuat pertandingan menghina baginda!

Sewajarnya mereka yang menyokong tindakan ini atau buat 'tak tahu' diboikot habis-habisan. Marilah kita mencontohi tauladan sahabat baginda s.a.w yang tidak akan menerima mana-mana tindakan yang menyentuh kesucian Islam dan RasulNya sehingga mereka memohon daripada baginda sendiri agar membiarkan mereka memotong leher pelaku jenayah ini,.Inilah tanda kita mempunyai iman dan akidah yang kuat sebagai mana sabda baginda:

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من نفسه وماله وولده والناس أجمعين.

وثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما..



"Tidakkan sempurna iman seseorang sehinggalah Aku yang paling dikasihinya dlebih daripada dirinya sendiri dan hartanya serta anak-anaknya mahupun seluruh manusia"

"Tiga golongan yang mana sesiapa yang memilikinya mendapat kemanisan iman: Bahawa Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada selain kedua-duanya"

Ayuh laungkan slogan:

FIDAKA ABI WA UMMI YA RASULALLAH!!



sumber : blog teratak azhari

Sabtu, Oktober 16

- let's join UMNO..???

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.

Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.

“Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin.

Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.

“Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah.

Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.

Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.

Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui.

sumber : harakah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...